Mengajar membaca kepada kanak-kanak berusia tiga tahun hingga tujuh tahun sememangnya mencabar apabila ia membabitkan si kecil yang kurang berminat.
Adakalanya anak yang kebosanan itu menunjukkan pelbagai kerenah termasuk suka tidur atau bermain ketika sesi pembelajaran. Bagi mengelakkan perkara sedemikian, disarankan supaya ibu bapa, guru atau penjaga mengambil kaedah yang betul untuk mengajar anak mereka membaca dengan mudah.
Bukan saja senang, tetapi sesetengah kaedah itu tidak menggunakan masa yang lama untuk anak-anak mengenali semua abjad.
Pengasas teknik fonetik atau fonik, Nik Eliani Nik Nawi berkata, kaedah fonik yang dicipta bersama suami, Othman Ahamad itu mampu membantu ibu bapa menangani masalah anak lambat membaca.
Jika diajar menggunakan kaedah ini secara berterusan, anak-akan dapat membaca dalam tempoh amat singkat iaitu kira-kira tiga bulan.
Kaedah berkenaan amat sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Jika diberi pendedahan awal mereka akan dapat membaca dengan mudah dan cepat.
“Kami mencipta kaedah ini sejak tahun lalu kerana mahu anak-anak cepat membaca dan menguasai tatabahasa ketika kecil.
“Sebelum adanya kaedah ini, anak ketiga kami, Athirah ketika itu berusia enam tahun masih tidak dapat membaca hinggakan saya risau.
“Memikirkan kaedah sesuai, saya bersama suami mula membuat kajian dan menemui kaedah fonik ini yang nyata memberi banyak kebaikan, malah anak kami dapat membaca dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Menurutnya, sebelum memperkenalkan kaedah itu kepada umum, dia bersama suami mengajar anak-anak terlebih dulu sebelum dapat diterima orang ramai dan hingga kini, lebih 1,000 tadika memanfaatkan kaedah berkenaan.
Katanya, bukan saja memudahkan anak untuk menguasai bahasa Melayu, malah ia turut membantu mereka menguasai bahasa Inggeris tanpa masalah.
Kaedah fonik menekankan bunyi abjad dan mereka akan melihat abjad dengan bunyi masing-masing.
Dalam bahasa Melayu dan Inggeris, abjad sama saja bunyinya, jadi amat mudah untuk menguasai kedua-dua bahasa dalam masa yang singkat.
Nik Eliani berkata, antara aktiviti yang boleh diterapkan dalam pembacaan ialah keluarga bunyi misalnya permainan ice breaking di mana kanak-kanak diberi kertas yang ditulis nama binatang.
Mereka diarah membuat bunyi binatang untuk mencari kumpulan dan ini menggalakkan kanak-kanak mengenali dan menguasai bunyi haiwan.
Aktiviti lain termasuk tom tom bak yang meminta pelajar membuat enam petak grid di atas kertas dan menulis secara rawak bunyi huruf yang disebut. Setiap pelajar akan mengisi petak berlainan.
Mengajar membaca dengan menghubung kaitkan bunyi kecil dengan huruf dan menggabung bunyi menjadi perkataan perlu dijadikan rutin penting dalam pembelajaran.
“Kanak-kanak lebih suka kepada bunyi dan gambar, jadi permainan bunyi sambil melihat gambar amat penting kerana ia akan membantu sesi pembelajaran mereka.
“Mereka sukakan gambar yang berwarna-warni, jadi dalam kaedah ini kami lebih suka mewujudkan permainan dalam pembelajaran yang sangat membantu guru serta ibu bapa mendidik anak menguasai bahasa,” katanya yang memanfaatkan kaedah itu kepada enam anaknya.
Menurutnya, kaedah itu bukan saja memastikan anak-anak menguasai bahasa Melayu, tetapi juga bahasa Inggeris kerana bunyi abjad yang sama, tetapi ejaan saja yang berlainan serta dengan sebutan yang jelas.
Bukan saja menggembirakan pelajar, kaedah itu membuatkan pelajar menjadi lebih efektif.
Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan diri sekali gus mendorong mereka untuk lebih tekun belajar membaca.
Nik Iliani berkata, melalui kaedah fonik, guru akan memasang cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) yang mengandungi abjad bersama sebutan dan gambar untuk dilihat pelajar.
Pelajar ini akan melihat cara sebutan yang boleh mereka ikuti sebelum melakukan aktiviti bersama guru dan ibu bapa.
Kuasai dua bahasa
Othman pula berkata, ramai ibu bapa beranggapan mengajar membaca satu tugas yang sukar apatah lagi apabila mahu anak mereka membaca dalam masa ditetapkan.
Tetapi penggunaan kaedah fonik ini akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran apabila anak dapat menguasai dua bahasa penting dalam masa yang singkat.
Ia tidak akan memberi tekanan kepada anak, guru dan ibu bapa kerana pelajar lebih seronok dan tidak sabar untuk belajar setiap hari.
Othman berkata, pembabitannya dalam bidang berkenaan selama lebih 20 tahun lalu mendapati anak-anak yang menggunakan kaedah terbabit yang diajar ibu bapa lebih cepat menguasai bacaan.
Dia juga mendapati kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun yang pandai membaca kebiasaannya diajar ibu bapa sendiri.
Mereka juga lebih cepat pandai membaca dan dapat menguasai kemahiran membaca dalam jangka masa dua minggu hingga dua bulan.
“Kanak-kanak yang belajar membaca di sekolah tanpa sokongan di rumah mengambil masa lebih lama.
“Pelajar juga cepat memahami teks bacaan apabila menjalani sesi bacaan bersama ibu bapa kerana mereka dapat memberi penerangan lebih jelas kepada anak, sekali gus memperkayakan kosa kata,” katanya.
Othman berkata, ibu bapa seharusnya lebih peka dan mengambil berat masalah yang dihadapi anak dalam menguasai bahasa dan tidak menyerahkan tugas itu sepenuhnya kepada guru kerana masa di rumah lebih lama daripada di sekolah.
Walaupun membaca pada peringkat awal tidak memberi keseronokan kepada anak, dia akui kaedah ini akan memberi kegembiraan kepada mereka kerana diselitkan dengan gambar menarik.
Sementara itu, Pengerusi Tadika dan Pusat Jagaan Didik Literasi Farah Waheeda Abdul Wahid berkata, tadika miliknya turut menggunakan kaedah berkenaan yang nyata memberi banyak manfaat kepada anak kecil.
“Saya dapati kaedah ini membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan cepat iaitu sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan.
“Kaedah fonik ini menekankan bunyi abjad disertai dengan permainan bergambar yang tidak membosankan.
“Setiap guru atau penjaga perlu pandai menggunakan kaedah untuk mengajar anak mereka membaca kerana kanak-kanak mudah bosan sekiranya kaedah tidak sesuai dengan mereka.
“Menggunakan kaedah mudah ini memberi banyak faedah kepada semua pihak kerana tidak perlu memberi tekanan kepada anak-anak supaya pandai membaca dalam masa ditetapkan,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah fonik, layari www.readnetwork.com.
Dapat membaca dalam 3 bulan
Seorang ibu, Zuriyati Ismail, 37, mengakui dua anaknya Mohamad Afiq Asyraaf Salehuddin, 9, dan Mohamad Adif Qayyim, 5, dapat membaca dalam tempoh tiga bulan menerusi penggunaan kaedah fonetik.
Anaknya, Mohamad Afiq dapat membaca ketika berusia tujuh tahun selepas menggunakan teknik berkenaan.
“Sebelum menggunakan kaedah fonik, anak sulung saya tidak dapat membaca, membuatkan dia malas belajar terutama bahasa Inggeris.
“Melihat perkembangannya, saya memang bimbang sebelum bertemu dengan kaedah ini. Selepas tiga bulan anak dapat membaca dengan lancar dan menyukai semua subjek diajar, malah dia cenderung memegang buku dan membuat kerja sekolah,” katanya.
Menurutnya, perbezaan amat ketara sebelum dan selepas menggunakan kaedah fonik membuatkan dia gembira dan mencadangkan rakannya yang lain turut menggunakan kaedah itu kepada anak mereka.
Anak bongsunya, walaupun baru berusia lima tahun, sudah menunjukkan perkembangan positif apabila dapat membaca dalam masa tiga bulan.
“Sebagai ibu yang bekerja, lebih baik belajar dan menggunakan kaedah ini di rumah serta tidak mengharapkan guru 100 peratus sekiranya mahu melihat anak pandai membaca dengan cepat.
“Walaupun pembelajaran di sekolah amat membantu, tidak salah kita meluangkan masa kepada anak-anak demi masa depan mereka,” katanya.
Menurutnya, ramai ibu bapa memberi alasan sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak dapat meluangkan banyak masa untuk mengajar anak-anak mereka.
Namun, penggunaan kaedah terbabit sememangnya sangat bermanfaat untuk ibu bapa dan anak.
BACA INI JUGA: Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya
Sumber: Hmetro

bagaimana hendak mendapatkan vcd tersebut
ReplyDeleteSebenarnya banyak dijual dipasaran. Boleh juga dibeli melalui internet.
Delete