Wednesday, April 23, 2014

Formasi Batu Paling Unik Di Dunia!


Anda tentu suka melihat batu-batu yang terbentuk secara unik dan menakjubkan diserata dunia kan? Kalau ada kesempatan dan peluang, anda boleh mengunjungi tempat-tempat berikut untuk lebih menghargai keindahan ciptaan Tuhan ini.

Jom kita tengok dimanakah terletaknya batu-batu yang boleh dianggap lain daripada yang lain ini.

Batu Keemasan
Mon, Burma

Kyaik-Tiyo Pagoda

Batu keemasan yang turut dikenali sebagai Kyaik-Tiyo Pagoda ialah sebuah kawasan keagamaan yang sangat terkenal bagi penganut Buddha.

Terletak di Mon, Burma, wujud sebuah pagoda kecil yang berukuran 5.5 meter yang betul-betul terletak diatas batu keemasan ini.

Sebenarnya batu ini bukanlah benar-benar berwarna emas secara semulajadi. Sebaliknya adalah sebuah batu granit yang telah ditampal dengan kepingan-kepingan emas oleh penganut Buddha yang berkunjung ke situ.

Uniknya, batu itu begitu teguh berada dihujung cerunan dan seolah-olah melawan hukum graviti kerana masih tegak berada di situ tanpa sebarang tanda akan runtuh.

Delicate Arch
Utah, Amerika Syarikat

Delicate Arch

Batu yang berbentuk seperti pintu gerbang ini lebih dikenali sebagai Delicate Arch yang terletak di Utah, Amerika Syarikat dan sangat terkenal di serata dunia.

Ia adalah sebuah batu misteri yang hanya berdiri tegak secara bersendirian tanpa batu-batu lain dikawasan itu yang ketara sepertinya. Kehadiran batu ini telah menjadi satu simbol kebanggaan bagi negeri Utah sendiri.

Pokok Batu
Atiplano, Bolivia

Atiplano Stone Tree

Sebuah batu yang terhasil akibat hakisan, pembentukan tiupan angin dan juga pasir telah membentuk sebuah batu yang kelihatan seperti sebatang pokok.

Pokok batu ini terletak di kawasan tinggi di Atiplano, Bolivia dan merupakan salah sebuah kawasan yang paling cantik pemandangannya di dunia.

Batu Cendawan
Mesir

Batu Cendawan

Batu cendawan sebenarnya bukan terdapat disini sahaja malah juga ditempat lain di serata dunia. Namun, batu cendawan ini adalah salah satu daripada batu cendawan paling terkenal di dunia.

Terletak di Mesir, batu cendawan ini adalah satu manifestasi sebenar tentang bagaimana kuasa hakisan dan cuaca boleh mengubah seketul batu menjadi bentuk tertentu.

Batu-batu begini biasanya boleh ditemui dikawasan-kawasan gurun dan biasanya terbetuk dalam tempoh yang sangat lama.

The wave
Arizona, Amerika Syarikat

The wave

Ketika gambar tentang fenomena ini tersebar, ada sesetengah orang berpendapat yang ianya hanyalah satu kaedah yang direka menggunakan photoshop.

Namun hakikatnya lokasi dan batu ini memang benar-benar wujud di Arizona, Amerika Syarikat.

Pemandangan formasi batu pasir yang dikenali sebagai 'Gelombang' ini terletak di kawasan landai di Coyote Buttes, Arizona.

Formasi ini boleh ditemui dengan berjalan kaki sejauh 3 batu merentasi kawasan yang agak mencabar.

Pendakian pula akan mencecah ke 350 kaki altitud, tapi sebaik sampai ke situ, penat berjalan kaki akan segera hilang kerana dapat menyaksikan fenomena menakjubkan itu.

Ayers Rock
Australia

Ayers Rock

Formasi batu pasir yang juga dikenali sebagai Uluru ini adalah setinggi 1,142 kaki yang terletak di kawasan gurun.

Saiznya yang sangat besar memang kelihatan sangat berbeza dengan apa yang ada di sekelilingnya. Batu monolitik dari Australia ini adalah salah satu daripada batu monolitik yang paling besar boleh kita temui didunia.

Bagi masyarakat peribumi Australia, khususnya Puak Anangu, Ayers Rock dianggap sebagai kawasan yang suci bagi mereka.

Melting Shadows
Utah, Amerika Syarikat

Melting Shadows

Vertebra batu yang sangat cantik ini sangat indah dipandang di waktu pagi di sepanjang kawasan utara di Utah Bridger Jack Mesa, meninggalkan Jurang Lavender tersorok dalam keadaan sejuk dan berwarna keunguan.

Bahagian atas mesa ini terdiri daripada apa yang para geologis gelarkan sebagai batu pasir Wingate yang wujud kira-kira 200 juta tahun yang lalu semasa ribut pasir melanda kawasan tersebut.

Formasi batu yang pelik memenuhi kawasan seluas 130,000 batu persegi di Colorado Plateau dan telah menyebabkan penduduk awal di kawasan itu menggelarnya sebagai 'Kawasan yang paling kasar pernah dilihat, tidak ada apa-apa disitu kecuali batu dan lubang, bukit dan kawasan berongga'.

Batu Epal Terbelah
New Zealand

Batu Epal Terbelah

Split Apple Rock ialah satu formasi batuan yang sangat menarik dan terletak di Pulau Selatan, New Zealand.

Keadaannya yang sebenar memang melambangkan namanya kerana ia kelihatan seperti buah epal yang terbelah dua.

Split Apple Rock terletak berhampiran Marahau, Taman Negara Abel Tasman di wilayah Tasman dan sangat popular sebagai salah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di New Zealand.

The Pinnacles
Australia

The Pinnacles

Formasi dan batuan batu kapur ini sangat cantik dan digelar The Pinnacles. Ia terletak di dalam kawasan Taman Negara Namburg yang terletak di Barat Australia.

Batuan berceracak ini terhasil dari larutan batu kapur dan pasir serta hujan yang menegakkan batuan tersebut ke dalam pasir dan membentuk batu kapur yang lembut.

Perce Rock
Kanada

Perce Rock

Formasi batuan ini pula ialah salah satu batu gerbang yang paling besar boleh didapati di bumi kita. Batuan ini pernah mempunyai dua gerbang sehinggalah salah satu daripadanya runtuh pada 17 Julai 1845.

Walaupun kehilangan salah satu daripada gerbangnya, namun Perce Rock masih lagi dilabel sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi yang terdapat di negara Kanada.

Batu ini mendapat namanya daripada gerbang yang sangat besar dengan 15 meter tinggi berdekatan laluan kapal.

BACA INI JUGA: Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon