Saturday, April 12, 2014

Festival Kejam Memutuskan Kepala Angsa!


Jangan terkejut jika dikatakan perbuatan menarik kepala angsa sampai putus bukan suatu yang asing di Belanda. Ini kerana, masyarakat di Grevenbicht telah melakukan aktiviti itu sejak sekian lama sebagai salah satu warisan budaya mereka.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa

Walaupun begitu, amalan mencabut kepala angsa bukanlah satu kegiatan harian mereka. Ia hanya dilakukan pada hari-hari tertentu sebagai acara untuk meraikan Shrove Tuesday.

Peminat sukan ekstrem di Belanda selalunya ternanti-nantikan ketibaan perayaan tersebut. Dan beberapa hari sebelum menjelangnya Shrove Tuesday, segala persiapan akan dilakukan lebih awal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [5]
Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [6]

Dalam menyiapkan kelengkapan acara, perkara utama yang selalunya dilakukan ialah membina satu struktur berupa tiang gol atau struktur yang lebih kurang sebesar tiang buaian.

Struktur tiang ini biasanya dibina daripada kayu dan besi dengan ketinggian lebih kurang 3.26 meter. Ia kemudiannya di pasakkan di sebuah lokasi yang agak terbuka seperti padang dan jalan raya.

Setelah binaan itu siap, seekor angsa digantung di tengah-tengah tiang dengan posisi kepala di bawah dan kedua-dua kaki terikat di atas tiang. Mengikut syarat pertandingan, peserta dikehendaki menunggang kuda selaju-lajunya sambil mencabut kepala angsa dengan sekali lalu.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [7]
Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [8]

Peserta yang berjaya menanggalkan kepala angsa perlu membawanya ke garisan penamat dan dia dikira sebagai pemenang!

Setiap juara akan dinobatkan sebagai 'Raja' selama setahun bersama mahkota. Dan, selepas tempoh setahun penganugerahan itu, raja-raja yang pernah dinobatkan sebelum ini akan bersaing pula di antara satu sama lain dalam acara yang sama untuk merebut gelaran 'Maharaja'.

Namun, berdasarkan pengalaman pertandingan sebelum ini, amalan memutuskan kepala dengan cara menarik sekuat hati sebenarnya sangat susah untuk dilakukan.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [9]
Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [10]

Peserta biasanya akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan cengkaman pada kepala atau leher angsa, lebih-lebih lagi dalam pergerakan laju ketika menunggang kuda.

Reaksi kuda terkejut juga seringkali terjadi dan ini menambahkan lagi kesukaran untuk melakukan amalan ekstrem ini. Ini menyebabkan ramai penunggang terlepas peluang melainkan mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam sukan tersebut.

Dalam merebut gelaran raja, amalan ini ialah pentas untuk pesaing membuktikan bahawa mereka adalah antara orang yang memiliki fizikal yang kuat, berani, berdaya saing dan bersedia mengambil risiko.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [11]

Selebihnya, penglibatan mereka dalam sukan tradisi ini sekadar untuk berseronok sahaja.

Walaupun ia dianggap sebagai amalan luar biasa, namun tradisi pelik ini sebenarnya dijalankan di beberapa negara. Berdasarkan sejarah, Belanda bukan satu-satunya negara yang merayakan amalan ini.

Di beberapa bahagian di Belgium, England, Jerman dan Amerika Utara, sukan tradisi ini telah bermula sejak abad ke-17 hingga ke-19 lagi. Malah, sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih meneruskan sukan tradisional itu dalam kalendar perayaan mereka.

Grevenbicht Goost Polling - Festival Tarik Kepala Angsa [2]

Di awal permulaan budaya ini, kebanyakan angsa yang digunakan masih lagi bernyawa. Penggunaan haiwan hidup dalam amalan tersebut telah diteruskan dalam tempoh beberapa abad lamanya.

Bagaimanapun, pada tahun 1656, satu ordinan telah dikeluarkan bagi membantah sekeras-kerasnya penggunaan haiwan hidup dalam upacara seperti itu.

Pihak yang membantah menyifatkan mencabut kepala angsa hidup=hidup bukanlah perkara yang membanggakan. Malah dianggap perbauatn yang biadap dan kejam.

Akibat daripada bantahan itu, satu peraturan telah diwujudkan bagi mengharamkan penggunaan angsa hidup dalam semua acara bermula pada tahun 1920an.

Pada tahun 2008, Parti Haiwan Belanda (PvdD) turut mencadangkan bahawa sukan tradisi itu sepatutnya diharamkan terus kerana melanggar etika normal hidup manusia.

Pihak pengajur bagaimanapun menolak cadangan itu. Mereka memberi alasan bahawa persoalan kekejaman sebenarnya tidak timbul.

Menurut mereka, angsa yang digunakan dalam amalan itu sebenarnya telah mati.

BACA INI JUGA: Up Helly Aa, Festival Api Terbesar Eropah!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon