Monday, April 14, 2014

Erra Fazira Enggan Rujuk Semula?


Susulan tindakan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dilihat mahu memulakan langkah untuk kembali rujuk, Erra Fazira memohon agar dirinya tidak didesak selain berharap pihak tersebut menghormati privasinya.

Erra Fazira Enggan Rujuk Semula

Emran, 39, baru-baru ini telah memuat naik gambar anak mereka, Engku Aleesya, 5, yang memakai tshirt bertulis #prayformomandayah di laman Instagramnya beserta meluahkan hasratnya untuk memenangi semula hati Erra kerana mengakui masih lagi mencintai bekas isterinya itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Erra menerusi mStar Online berkata, “tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak”.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya,” katanya lagi.

Peminat setia penyanyi dan pelakon popular itu turut mendoakan agar hubungan mereka kembali bersatu demi kebahagiaan anak tunggal mereka selepas mengetahui perancangan Emran dan Aleesya untuk menawan kembali hati Erra.

“Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Erra, 40, dan Emran, 39, mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun telah disahkan bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dengan talak satu.

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran

Rata-rata peminat mendoakan agar mereka dapat berbaik semula kerana ingin melihat mereka sekeluarga bahagia selain demi kepentingan Aleesya sendiri.

Antara yang menyokong Emran ialah pelakon Rita Rudaini yang menulis di laman Instagramnya, bahawa Erra cukup bertuah kerana pernah mempunyai teman hidup seperti Emran yang menggelarkan Erra sebagai Syurga Aleesya (SA).

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran [2]
Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran [3]

Menurut aktres itu lagi, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya.

Namun, Erra sudah pun memberikan jawapan balasnya berhubung perkara tersebut yang meminta bekas suaminya menghormati privasi serta jangan mendesaknya.

Sama-samalah kita berdoa, kerana semuanya sudah ketentuan Allah, kalau panjang jodoh mereka, pasti akhirnya bersatu jua kelak.

Sumber: Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon