Kisah ini pernah menggemparkan dunia. Seorang bayi bernama Luz Milagros Veron telah diisytiharkan mati pada 12 April 2012, sembilan hari selepas ia dilahirkan.
Mengejutkan, bayi kelahiran pra-matang ini ditemui hidup semula selepas tinggal lebih daripada 12 jam di dalam peti sejuk di bilik mayat.
Veron dilahirkan pada 3 April 2012 di Hospital JC Perrando, Argentina, tiga bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
Saat kelahiran, bayi perempuan ini memiliki berat sekitar 780 gram sahaja. Ketika itu, pengarah hospital, Dr. Jose Luis Meirino, mendapati bayi tidak menunjukkan tanda-tanda positif atau harapan untuk hidup. Doktor pakar neonatal dan turut mengesahkan perkara yang sama.
Selang sembilan hari selepas dilahirkan, pihak hospital mengesahkan Veron meninggal dunia. Mayat si kecil kemudian diuruskan oleh dua orang pekerja bilik mayat dengan meletakkannya ke dalam sebuah keranda kayu.
Setelah selesai, keranda terbabit dengan segera dibawa ke bilik mayat lalu disimpan dalam peti penyejukan khas.
Hanya dalam tempoh 20 minit selepas disahkan meninggal dunia, pihak hospital telah siap mengeluarkan sijil kematian untuk Veron. Menurut Dr. Meirino, segalanya dilakukan mengikut prosedur dan protokol.
Pada malamnya, ibu bayi, Analia Boutet, ditemani suami, Fabian Veron, meminta izin untuk melihat mayat anak perempuan mereka. Dengan harapan, mereka dapat mengucapkan selamat tinggal dan mengambil gambar Veron untuk dijadikan gambar kenang-kenangan.
Pada mulanya, pihak hospital menolak permintaan suami isteri tiu. Namun, setelah puas dipujuk dan merayu, akhirnya pasangan itu diberi kebenaran untuk berbuat demikian.
Sekitar jam 10 malam, 12 jam selepas bayi tersebut diisytiharkan mati, pasangan tersebut masuk ke dalam bilik mayat.
Suami isteri ini kemudian mendekati penyimpanan dan membuka keranda anak mereka. Sewaktu pintu keranda dibuka, keadaan mayat masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Tubuh yang sudah tidak bernyawa itu kekal dalam posisi asal, terbujur kaku dan dilitupi dengan sesuatu seperti ais.
Bagaimanapun, ketika si ibu menyentuh muka anaknya, keadaan bayi tiba-tiba berubah! Veron menunjukkan reaksi yang sangat mengejutkan apabila dia didapati bergerak sendiri sebelum kedengaran menangis.
Gara-gara terkejut dan tidak percaya, Boutet berkata, tubuhnya menggigil menyebabkan dia tidak semena-mena jatuh rebah ke lantai. Manakala suaminya pula hanya kaku melihat apa yang berlaku kerana tidak tahu hendak berbuat apa-apa.
Tidak lama kemudian, kedua-duanya menangis sambil berpelukan. Tangisan gembira kerana menyedari anak mereka masih hidup.
Pasangan yang sudah memiliki empat orang anak ini benar-benar tidak percaya dengan apa yang terjadi. Setahu mereka, Tuhan telah melakukan keajaiban yang sukar untuk dijelaskan.
Pihak hospital pula mengalami kesulitan untuk menerangkan kejadian itu. Beberapa orang pakar perubatan berpendapat bahawa suhu rendah di dalam peti sejuk penyimpanan mayat memungkinkan perkara luar biasa itu berlaku.
Suhu dingin dipercayai telah memperlahankan metabolisme bayi dan membantunya untuk terus hidup.
Sebelum ini, pasangan berkenaan bercadang mahu memberikan nama bayi mereka, Lucia Abigail. Namun mengubahnya dengan nama Luz Milagros Veron, yang bermaksud 'Keajaiban' dalam bahasa Sepanyol.
Ketika usianya genap lima bulan, bayi ajaib ini dibenarkan pulang ke rumah. Malangnya, dia tidak dapat bertahan untuk hidup lebih lama. Pada usianya mencecah 14 bulan, anak kecil ini tiba-tiba mengalami serangan jantung.
Menurut ibu saudaranya, Daniela Charamonti, Veron terpaksa dikejarkan ke Hospital Provincial del Centenario di Rosario dan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung.
Disaat-saat kritikal, anak itu terpaksa bergelut dengan beberapa masalah pernafasan dan perkembangan seperti mikrosefali, suatu keadaan saiz kepala yang kecil.
Sehingga ke saat Veron dalam keadaan tenat, keluarganya telah mengumpulkan sejumlah wang untuk membawa bayi itu mendapatkan pembedahan sel-sel stem dan beberapa fungsi asas motor di China.
Malangnya, umur anak ini tidak panjang. Tanggal 13 April 2013, 1.02 minit petang, Veron akhirnya meninggal dunia dan kali ini perginya tidak lagi kembali..
-Sentiasapanas.com

Ibu bapa dan keluarga Veron.