Pembiak kucing dari Tennesse telah berjaya menemui satu lagi baka baru kucing dari jenis 'Lykoi' yang menyerupai seekor serigala namun berkelakuan lebih kepada seekor anjing.
Oleh kerana proses mutasi genetik kucing tempatan berbulu pendek, maka Lykoi tidak mempunyai bulu/rambut disekitar mata, hidung, telinga dan muncung, menjadikannya kelihatan seperti seekor serigala.
Nama Lykoi adalah terjemahan daripada bahasa Greek yang bermaksud 'Kucing Serigala'. Antara sifat kucing ini ialah ia suka memburu di sekitar rumah untuk mencari apa sahaja yang mereka inginkan namun sangat berhati-hati dengan orang yang mereka tidak kenali tapi cepat mesra.
Menurut pembiak kucing, Johnny Gobble, proses pembiakan baka itu berlaku secara semulajadi. Apabila pengkaji menemui baka baru tersebut, mereka terlebih dahulu akan memastikan anak-anak kucing baka itu sihat sebelum mula membiakkannya.
Semasa proses mengkaji spesis ini, para pengkajimenemui yang sesetengah folikel kucing jenis ini tidak mempunyai kesemua komponen untuk membentuk rambut malah, folikel yang ada untuk membentuk rambut pun tidak mampu untuk bertahan menyebabkan baka ini berkemungkinan akan menjadi botak pada suatu masa.
Walaupun kucing ini juga menyerupai baka jenis 'Sphinx' iaitu baka kucing tanpa bulu, ujian DNA menunjukkan spesis kucing ini tidak sama.
Pada 14 September 2011, anak kucing pertama dari baka ini telah dilahirkan dan diberi nama 'Daciana' dan sehingga ke hari ini hanya Daciana generasi kedua baka Lykoi.
Baka jenis ini kini menjadi rebutan dan hanya terdapat 7 pembiak baka seumpamanya di dunia.
Permintaan untuk kucing jenis ini sangat banyak dan para pembiak kucing berusaha keras untuk memastikan kucing baka ini menghasilkan kucing yang sihat dan kekal unik penampilannya.
-Sentiasapanas.com