Saturday, March 22, 2014

VIP Black, Aplikasi iPhone Paling Mahal Di Dunia!


Tahukah Anda? Bagi pengguna setia iPhone, terdapat banyak aplikasi pelbagai fungsi yang boleh dimuat turun dari Apple’s Apps Store dan ada sestengahnya boleh dimuat turun secara percuma manakala ada diantaranya boleh dimuat turun dengan kos kurang dari USD$5.

VIP Black

Tapi, tahukah anda, terdapat aplikasi iPhone yang berada dalam lingkungan kos sebanyak USD$250 hingga USD$1,000?

VIP Black dianggap sebagai aplikasi iPhone yang paling mahal di dunia hari ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun selepas membayar kos sebanyak USD$999.99 dan sudah tentu, hanya mereka yang kaya-raya sahaja yang mampu mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli aplikasi tunggal ini.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa aplikasi VIP Black ini mempunyai daya tarikan dan fungsinya yang tersendiri disebalik kosnya yang tinggi.

Hakikatnya, aplikasi VIP Black ini hanya akan dijual kepada individu kaya yang memiliki aset bernilai lebih dari USD$1 juta.

Pendapatan tahunan dan aset pembeli yang bercita-cita untuk memilikinya akan disahkan bagi mengesahkan bahawa bakal pelanggan memenuhi keperluan dan ciri-ciri mandatori untuk memiliki aplikasi berharga ini.

Jadi, bukan semua yang memiliki wang tunai sebanyak USD$1,000 boleh membeli aplikasi ini dengan sewenang-wenangnya.

Mereka yang bertuah dengan membeli aplikasi ini boleh mendapat perkhidmatan kelas pertama yang ditawarkan oleh VIP Black. Pelanggan juga boleh meminta pelbagai perkhidmatan mewah seperti pengawal peribadi, butler, kasino, jet peribadi, gaya peribadi,dan lawatan teater melalui aplikasi VIP Black.

Perkhidmatan-perkhidmatan sampingan lain yang boleh menyempurnakan gaya hidup mewah orang kaya seperti pakej selamat datang, naik taraf bilik secara percuma di hotel-hotel lima bintang, kemudahan lounge VIP di lapangan terbang dan juga hadiah kejutan juga boleh mendatangkan faedah dengan penggunaan aplikasi ini.

Namun sayangnya, khidmat perkhidmatan premium ini hanya boleh didapati di United Kingdom.

Aplikasi VIP Black telah diikat dengan jenama-jenama mewah seperti Hotel Firmdale, Restoran Gordon Ramsay dan Virgin Edisi Terhad bagi menawarkan perkhidmatan kelas pertama standard yang tinggi kepada pelanggan dihormati.

Aplikasi ini boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan bagi setiap pelanggan.

Sumber:
http://drysheet.blogspot.com/2014/02/hebat-vip-black-aplikasi-iphone-paling.html

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon