Tanggal 6 Februari 1958, sebuah pesawat jenis 609 milik British European Airways melakukan percubaan ketiga untuk berlepas dari Lapangan Terbang Munich-Riem, Munich, Jerman.
Dua percubaan sebelumnya gagal ekoran masalah enjin. Keadaan sekeliling waktu itu sangat sejuk. Salji yang turun dengan lebat menyebabkan landasan kelihatan samar, namun juruterbang pesawat, Kapten James Thain berkeras mahu menerbangkannya.
Di dalam pesawat itu, 44 orang penumpang sudah bersiap sedia menunggu isyarat penerbangan dengan dada yang berdebar. Menurut laporan akhbar, berdasarkan kepada sebuah telegram, pesawat itu dijangka terbang dari Jerman keesokkannya.
Tepat jam 2:19 petang, menara kawalan memberi kebenaran kepada pesawat ini untuk berlepas. Sebelum itu, Kapten Thain mengarahkan pembantunya untuk melakukan pelepasan kerana dia ingin memeriksa tolok tekanan pesawat yang tidak stabil.
Bagaimanapun, pembantu juruterbang, Kapten Kenneth Rayment agak gusar untuk menerbangkannya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak betul. Lebih-lebih lagi apabila bunyi enjin semakin kuat. Namun, demi keselesaan penumpang yang mahu segera pulang, dia menerbangkan juga pesawat ini.
Selang seketika, pesawat ini benar-benar bermasalah. Ia telah tergelicir dan melanggar deretan rumah sebelum terhempas. Menurut beberapa laporan akhbar, pesawat ini membawa sepasukan pemain bola sepak kelab Manchester United bersama pemberita.
Mereka dalam perjalanan pulang selepas bermain di kejohanan Piala eropah 1957/1958 di Bulgrate, Yugoslavia.
Tragedi Munich 1958 adalah antara peristiwa terbesar dalam sejarah bola sepak kelab Manchester United. Ia bukan sahaja hampir melumpuhkan nama kelab terbabit, malah turut mengorbankan lapan orang tunggak utama 'The Busby Babes'.
'The Busby Babes' merupakan barisan pemain Manchester United yang dikendalikan oleh Joe Armstrong dan penolong pengurus, Jimmy Murphy di bawah pimpinan kaptennya, Sir Matt Busby.
Mereka terkenal bukan kerana bakat semata-mata tetapi mereka adalah pemain yang dilatih sendiri kelab Manchester United. Sebab itulah mereka digelar Busby Babes. Rata-rata pemain ini berusia antara 21 dan 22 tahun sahaja.
Berdasarkan pencapaian, 'The Busby Babes' menjadi pemain yang sangat digeruni di England. Malah, pencari bakat bola sepak juga menganggarkan, usia muda dikalangan pemain 'The Busby Babes' merupakan aset kelab Manchester untuk terus kekal lama sebagai juara.
Kumpulan ini juga terkenal setelah memenangi Piala Liga bagi musim 1955/1956 dan 1956/1957. 'The Busby Babes' dianggap sebagai lagenda pada zaman itu dan sangat dikagumi kerana bakat luar biasa yang dimiliki pasukan ini.
Daripada lapan orang pemain ini, salah seorang yang telah terkorban dalam tragedi ini ialah Duncan Edward. Ketika itu, Duncan berusia 21 tahun dan dia merupakan tunggak penting dalam pasukan 'The Busby Babes'.
Berikutan tragedi ini, orang ramai menganggarkan, Manchester United berdepannsaat-saat sukar dalam arena bola sepak Inggeris dan Eropah. Meskipun begitu, perkara ini tidak berlaku. Pengendali pasukan ini, Sir Matt Busby, terselamat daripada tragedi.
Selepas sembilan minggu menerima rawatan, dia kembali ke England dan membangunkan pasukan baru untuk Manchster United. Hasil kerja kerasnya, Manchester United berjaya memenangi kembali Piala Eropah buat kali pertama selepas 10 tahun peristiwa ini.
Ekoran tragedi ini, Kapten James Thain dipersalahkan kerana gagal membersihkan gumpalan ais yang membeku dan melekat pada sayap pesawat. Atas faktor tersebut, beliau telah digantung daripada tugas selama 13 bulan oleh kerajaan Jerman dan kemudiannya dipecat, namun beliau terus berjuang untuk membersihkan kembali namanya.
Selepas beberapa tahun, akhirnya punca sebenar kecelakaan ini terbongkar. Hasil siasatan mendapati, pesawat ini gagal untuk mendapatkan kelajuan maksimum ekoran terdapat lumpur yang bercampur salji di atas landasan.
Keadaan itulah yang menyebabkan pesawat ini terbabas lalu berlaku kemalangan.
Sebagai tanda memperingati tragedi ini, stesen penyiaran BBC telah menerbitkan filem berjudul 'United' yang berlandaskan kisah benar Munich 1958. Filem yang diterbitkan pada tahun 2011 itu menjadi tanda peringatan semua penyokong Manchester United berkenaan kejadian tersebut.
Walau bagaimanapun, filem ini tidak disiarkan di Malaysia.
Tragedi Munich 1958 yang berlaku 55 tahun lalu diharapkan mampu menjadi motivasi kepada semua pemain Manchester United untuk terus memperbaiki diri sehingga terus menuai prestasi.
Sejarah telah membuktikan bahawa kehilangan itu merupakan ubat paling mujarab untuk mencipta kegemilangan.
Nama Sir Matt Busby merupakan insan paling bertanggungjawab mengangkat kembali nama Manchester United ke persada antarabangsa sehingga ke hari ini.
BACA INI JUGA: Misteri UFO Memburu Pesawat Udara
-Sentiasapanas.com