Tuesday, March 18, 2014

Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!


Sumber terbaru semalam mendedahkan pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden ditembak lebih seratus kali dalam operasi membunuhnya pada 2011.

Osama

Laporan terbaru daripada satu laman web yang terkenal dalam kalangan perisik dan perkhidmatan bersenjata mendakwa, bilangan das yang ditembak untuk membunuh Osama adalah punca Amerika Syarikat enggan menyiarkan gambar mayatnya.

Dengan memetik dua sumber sulit, Laporan Situasi Operasi Khas Tentera mendedahkan bagaimana askar Amerika yang terbabit dalam pembunuhan itu bergilir-gilir melepaskan tembakan dengan menyasarkan mayat Osama.

Menurut laman itu, meskipun anggota komando tentera laut Amerika Syarikat merasakan tidak bersalah dari segi ‘moral, undang-undang dan etika’ untuk menembak pemimpin al-Qaeda itu berulang kali bagi memastikan dia benar-benar mati dan tidak lagi menjadi ancaman, tindakan mereka hingga menghancurkan mayat Osama adalah tidak wajar.

“Apa yang berlaku dalam serbuan terhadap Osama adalah melampaui batas.

Perbuatan mereka jelas bukan untuk memastikan Osama tidak lagi menjadi ancaman tetapi hanya untuk memuaskan hati mereka,” kata pengarang laporan berkenaan, Jack Murphy.

Selepas pembunuhan itu, Presiden Barack Obama dan pentadbirannya berkata, mereka mempunyai alasan untuk tidak mendedahkan gambar mayat Osama atau langkah mengebumikannya di laut.

Alasan mereka kononnya supaya ia tidak dijadikan propaganda oleh al-Qaeda.

Teori baru menunjukkan, mereka cuba mengelak daripada sebarang tindak balas kerana keganasan melampau dalam pembunuhan Osama.

Butir mengenai misi sulit itu terbongkar daklam buku anggota keenam pasukan komando Amerika yang terbabit dalam operasi itu, Mark Bissonnette.

Dalam buku No Easy Day itu, Bissonnette menulis: “Ketika dia (Osama) nazak, saya dan seorang anggota lain membidik senjata kami ke arah dadanya dan melepaskan tembakan.

“Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan kekejaman seperti itu,” kata Murphy.-Agensi

BACA INI JUGA: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon