Tuesday, March 04, 2014

NGERI! Kulit Mencair Tersilap Makan Ubat!


Info Ngeri. Wajah seorang seorang pelatih pendandan rambut dari Hoveton, Norwich, United Kingdom dipenuhi gelembung nanah sebesar bola tenis apabila tersilap mengambil ubat untuk melegakan kesakitan ulu hati.

Leanne Howes Skin [4]

Kulit sekitar wajah Leanne Howes, 17, menggelupas manakala bahagian dalam mulut dan tekaknya dikatakan turut bengkak hingga menyukarkan gadis ini untuk bernafas sehari selepas dia mengambil tablet Zantac yang dibeli di farmasi.

Leanne Howes Skin [2]

Menurut Leanne, pada mulanya dia berasa amat gatal sebelum kulitnya mula membengkak dan bernanah.

Leanne Howes Skin

Dia dikejarkan ke hospital selepas ibunya menemui Howes terbaring di lantai bilik air tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba di Hospital Universiti Norfolk, doktor menyapu krim perubatan lalu kulitnya mulai luruh dan mencair.

Leanne Howes Skin [3]

Howes disahkan mengalami sindrom Stevens-Johnson yang jarang berlaku. Secara nisbah, keadaan ini hanya menimpa dua orang daripada sejuta.

Leanne Howes Skin [5]

Keadaan Howes kini sudah pulih namun peristiwa yang menimpa dirinya pada September tahun lepas ini tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Sumber: MIRROR UK

1 comment

  1. Isteri sy pernah kena sakit ini 17 thn lalu. Hampir sebulan sy menjaganya d HTAR Klang. Lbh 8 thn trpaksa brgantung pd ubat steroid. Trpaksa. Tiada ubat lain yg brkesan, namun walaupun dia skrg sihat tapi kesan dadah yg kuat dr ubat ini merosak sebahagian organ badannya sprti paru2, buah pinggang, gusi yg kadangkala trtanggal sdri dll..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon