Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja 'menculik' pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370.
Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk 'mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara.'
Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi.
Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah 'plot'.
"Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis.
"Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam," katanya.
Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol.
Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun.
Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.
Mengarut?
Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?
Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.
Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia – China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar.
Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.
Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia.
Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?
Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?
-Sentiasapanas.com