Kini sudah masuk beberapa hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama.
Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?
Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.
Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.
Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga, sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.
Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.
Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.
Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
Selain itu, sama ada sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu adalah milik MH370, pula sedang dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang ini.
Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009, yang terhempas di kepulauan Atlantik, hanya selepas enam hari nahas berlaku, pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.
Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.
Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.
Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.
Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.
Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.
Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah melebihi tempoh yang sepatutnya.
Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?
Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.
Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.
Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ditemui.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah, jika di langit turunkanlah dan jika di darat tunjukkanlah.
BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia
Sumber: Mynewshub.cc