Wednesday, March 05, 2014

Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Budak Kecil


Info Agama. Kisah ini menceritakan tentang soal gelaran yang diberikan kepada individu tertentu. Sebagai contoh, gelaran yang biasanya digunakan di Malaysia seperti YB, Dato, dan sebagainya.

Anak yang beriman

Berbalik kepada kisah tadi, ia adalah tentang Imam Abu Hanifah dengan seorang budak kecil.

Kisah bermula di mana ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba beliau melihat seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan: "Wahai budak, berhati-hati dengan kasut kayumu itu. Bimbang nanti engkau akan tergelincir."

(Baca: Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?)

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya.

Budak itu tiba-tiba bertanya: “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: “Namaku Nu’man“.

“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?”, budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku yang meletakkannya."

Budak itu lalu menjawab: “Wahai Imam, janganlah sampai engkau tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir, tapi hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang tergelincir ke dalam neraka Allah lantaran angkuh dan bangga.”

Lalu menangislah Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada anak kecil tersebut.

Allahu Allah. Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini.

Terima kasih atas baik sangka orang lain terhadap kita.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon