Friday, March 07, 2014

Gadis Bertudung Jadi Pengadil Bola Sepak!


Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.

Chahida Chekkafi

Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung.

Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.

Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior.

Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat. -Agensi


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon