Thursday, March 20, 2014

Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri


Setiap tahun, ekuinoks musim bunga bermula pada 20 Mac atau 21 Mac. Menariknya, salah satu dari hari tersebut dikatakan akan berlaku fenomena pelik di mana semua orang boleh mengimbangi telur sehingga berdiri tegak, tanpa bantuan ahli silap mata!

Hari Telur Berdiri

Justeru, bagi anda yang ingin mencuba, nantikan tarikh tersebut yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Tapi sebelum itu, ada baiknya anda menyediakan beberapa biji telur terlebih dahulu. Jenis telur, sama ada telur ayam, puyuh atau itik, semua boleh digunakan.

Dengan syarat, telur tesebut mestilah mentah, segar dan tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Apabila tiba harinya nanti, cubalah tegakkan telur-telur tersebut. Kalau tidak berjaya, jangan berputus asa kerana kejadian alam semesta ini berlaku setiap tahun.

Begitulah yang selalu dihebohkan apabila ekuinoks musim bunga bakal tiba. Sebenarnya, fenomena telur berdiri sudah menjadi bahan bualan sejak zaman dahulu kala lagi.

Sejarawan Itali, Girolamo Benzoni, pernah menulis tentang 'Telur Columbus' dalam bukunya, History of The New World, yang diterbitkan pada tahun 1565.

Telur Columbus menceritakan tentang kemampuan Christopher Columbus mengajar cara mendirikan telur tanpa memegangnya.

Suatu hari, beliau menghadiri sebuah acara jamuan makan untuk menerima penghargaan di atas pencapaian hebat menemui dunia baru.

Tiba-tiba datang seorang lelaki melecehkan penemuan itu dengan mengatakan sesiapapun boleh mendakwa perkara yang sama.

Terusik dengan kata-kata sedemikian. Columbus mencabar para hadirin untuk membuat telur berdiri tanpa memegangnya. Ramai yang mencuba, tetapi gagal!

Dia kemudian menunjukkan caranya dengan mengambil sebiji telur dan memecahkan sedikit bahagian bawahnya. Lalu, telur itu diletakkan di atas meja dan ia pun berdiri tanpa dipegang.

Ekuinoks
Matahari dikatakan berada tepat diatas Khatulistiwa Bumi.

Mungkin pada zaman itu, Columbus masih belum mengetahui tentang adanya fenomena telur berdiri. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya idea berkenaan mungkin telah memberi ilham kepada orang terdahulu sehingga akhirnya kejadian alam semesta ini diketahui ramai.

Orang Cina dikatakan telah memulakan perbuatan mengimbangi telur sebelum dipopularkan di Barat. Ia dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina.

Berlaku setahun sekali iaitu pada tahun baru lunar dalam masyarakat Cina dan ekuinoks musim bunga di Barat. Dipercayai, pada saat itu semua telur boleh berdiri jika ditegakkan.

Sejauh mana kebenarannya, ilmuwan belum mencapai kata sepakat mengenai kejadian unik ini. Ertinya, ada ilmuwan bersetuju manakala ada juga yang menganggap ia hanya satu perbauatan mengimbangi, tiada kena-mengena dengan ekuinoks musim bunga.

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.

Lup Choon  - Fenomena Telur Berdiri [2]
Terpegun melihat telur berdiri.

Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.

Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.

Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.

Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.

Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.

Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.

Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!

Lup Choon  - Fenomena Telur Berdiri [3]
Kesabaran sangat penting.

Tambahnya lagi, jika seseorang tidak sabar, jumlah telur yang boleh ditegakkan adalah sangat rendah atau mungkin langsung tidak berjaya.

Bagaimanapun, Ghigo tetap mengakui bahawa peratusan telur yang dapat diseimbangkan dengan lebih baik hanya pada hari ekuinoks musim bunga.

Maka beliau berpendapat, hari ekuinoks ialah waktu terbaik untuk mendirikan telur tanpa memegangnya.

BACA INI JUGA: Telaga Ajaib Yang Sangat Menakjubkan Di Portugal

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. Ada tengok telur berdiri ni masa gerhana matahari terjadi hari ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon