Wednesday, March 05, 2014

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa


Anwar Ibrahim pada 3 Mac lepas dilaporkan sebuah portal berita menggunakan alasan yang dangkal dan jauh menyimpang dari ajaran Islam demi menutup perbuatan beliau berucap di dalam gereja Kristian untuk meraih sokongan politik.

Anwar masuk Gereja

Anwar mendakwa kehadirannya ke gereja itu berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama iaitu Islam dan Kristian.

Katanya lagi, beliau hadir ke gereja untuk mendoakan Nabi Isa.

“Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang pada 3 Mac lepas.

Sebagai seorang Islam, untuk mendoakan Nabi Isa yang merupakan antara 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam tidak perlu ke gereja kerana di gereja mereka bukan mengagungkan Nabi Isa sebenar sebaliknya lelaki yang ditukar wajahnya menyerupai Nabi Isa.

Anwar masuk Gereja [2]

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), kehadiran beliau ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan lagi iaitu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit.” kata Anwar.

Pada bulan lepas juga, Anwar berucap di Gereja Holy Family di Kajang dengan jelas salib Kristian terpapar di atas dinding di belakang beliau ketika beliau memberikan ucapan.

Kenyataan berkenaan bukan sahaja menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam tetapi ia juga akan menyebabkan tercetusnya kekeliruan berkaitan Nabi Isa yang diberikan melalui kenyataan Anwar ini.

Rasul Allah Nabi Isa adalah berbeza dengan Jesus yang disembah oleh penganut agama Kristian sebagai anak Tuhan.

Anwar masuk Gereja [3]

Sehingga kini, Anwar bebas bergerak di sekitar Kajang sebagai persiapan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini termasuk memberikan ceramah ketika sesi kuliah Maghrib di surau dan masjid.

Biarpun diketahui menyampaikan ceramah namun digelarkan Anwar sebagai tazkirah, sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih berdiam diri dan Anwar terus bebas,

Anwar dicalonkan PKR untuk bertanding mengisi kekosongan yang tanpa sebab munasabah ditinggalkan oleh penyandang juga dari PKR Lee Chin Cheh.

Jika beliau menang, ada kemungkinan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon