Monday, March 24, 2014

Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?


Diakhir zaman nanti akan muncul dua bangsa yang dipanggil Yakjuj Dan Makjuj yang akan membawa bersamanya kehancuran dan kemusnahan di muka bumi. Kemunculan mereka amat sesuai dengan cara hidup di akhir zaman nanti di mana rata-rata manusia telah lupa Allah serta hidup dalam kemungkaran. Ini adalah balasan dari Pencipta Alam di atas semua itu.

Bangsa Yakjuj Dan Makjuj
Gambar hiasan.

Jika dari zaman dahulu sehingga ke masa kini tiada ulama ataupun ilmuan yang dapat mengenalpasti kedua-dua bangsa tersebut dengan tepat, jadi adakah bangsa Yakjuj Dan Makjuj berkemungkinan adalah dua spesis makhluk asing yang berasal dari langit?

Siapa sebenarnya bangsa Yakjuj Dan Makjuj?

Ilmuan zaman silam mentafsirkan bahawa Yakjuj Dan Makjuj adalah daripada bangsa Mongol ataupun Tartar. Pihak barat pula berpendapat mereka mungkin bangsa Rusia. Jika mereka adalah daripada bangsa manusia, di manakah mereka mereka kini dan kenapa mereka tidak dapat dikesan?

Dan yang lebih penting lagi, kenapa mereka tidak menunjukkan belang sebenar pada masa kini. Mengapa perlu menunggu sehingga akhir zaman? Mungkin kerana mereka tidak ada di muka bumi pada masa ini!

Kemunculan makhluk asing di bumi mempunyai ciri manifestasi yang terbatas dari segi ruang dan masa. Mengikut kajian, radius operasi mereka terbatas dalam lingkungan hanya lebih kurang 25 kilometer sahaja.

Dunia Barat mengenali mereka sebagai Gog dan Magog

Waktu kemunculan di sesuatu lokasi terhad kepada beberapa jam sahaja. Durasi penampakan UFO dan makhluk asing adalah dalam tempoh 5 hingga 20 minit. Jadi, masa kemunculan mereka di atas permukaan bumi pada amnya tidak melebihi 2 jam sahaja.

Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj dicatat pada zaman Raja Zulkarnain. Lokasinya mungkin di daerah Persia atau Rusia. Kedua-dua bangsa tersebut dikatakan berada di suatu lembah di antara dua bukit.

Kedudukan mereka agak terbatas. Ini membawa maksud mereka tidak bergerak jauh dari tempat mereka ditemui. Keadaan ini ada persamaan dengan batasan geografi oleh sesuatu spesis makhluk asing.

Setiap spesis makhluk asing memilih hanya suatu lokasi spesifik di Bumi. Mereka tidak muncul di dua atau lebih lokasi yang berjauhan. Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj hanya terhad di satu tempat sahaja.

Jarak masa

Jika Yakjuj Dan Makjuj pernah ditemui pada sesuatu lokasi di zaman silam, kenapa kemunculan kedua tidak pernah dicatat hingga ke hari ini? Ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan kemunculan sejenis spesis makhluk asing. Malah, kebanyakan spesis makhluk asing hanya dilihat sekali dan kemudian tidak dilaporkan lagi.

Jarak masa dari satu penemuan ke penemuan yang lain mengambil masa yang panjang. Ini biasanya berlaku dalam tempoh puluhan atau ratusan tahun kemudiannya. Jarak masa yang sangat lama ini amat bertepatan dengan peredaran bintang-bintang di kosmos.

Bagi makhluk asing yang datang dari planet yang berasal dari galaksi yang jauh, ijtimak (conjunction) sangat kritikal. Ini bererti planet mereka dan bumi perlu berada pada garisan yang lurus dan tidak dilindungi oleh planet atau bintang lain.

Oleh kerana setiap planet, bintang serta galaksi sentiasa bergerak, ijtimak yang diperlukan mungkin mengambil masa yang lama untuk berlaku.

Sebagai contoh, Bumi, Bintang Kejora dan Matahari berada pada garisan selari hanya berlaku bagi setiap 105 tahun. Sebab itulah makhluk asing walaupun memiliki teknologi yang canggih, tidak mampu mengatasi batasan alam semulajadi alam. Mereka terpaksa menunggu masa yang paling sesuai untuk datang ke bumi.

Jika dahulu bangsa Yakjuj Dan Makjuj pernah muncul dan kemudian tidak kelihatan lagi hingga kini, mereka mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mucul bagi kali kedua.

Perkara yang sama terjadi kepada setiap spesis makhluk asing. Sesetengah makhluk asing hanya perlu menunggu beberapa bulan atau tahun. Ada yang perlu menunggu ratusan tahun. Ini semua bergantugn pada kedudukan planet mereka dengan bumi.

Sifat

Makhluk asing terdiri dari dua bentuk, yang baik dan yang jahat. Kebanyakan makhluk asing yang ditemui mempunyai satu etika yang sama. Mereka tidak memaksa manusia untuk mengikut mereka dan mereka mententeramkan manusia yang ketakutan apabila berdepan dengan mereka.

Bagi kes penculikan, makhluk asing mengurangkan tekanan serta trauma yang manusia alami dengan memadamkan ingatan mereka tentang episod penculikan tersebut. Jadi, mangsa tidak sedar yang dia telah diculik.

Akan tetapi, terdapat sekumpulan kecil makhluk asing yang bersikap kasar dengan manusia. Mereka menculik tanpa rasa belas kasihan dan memperlakukan mangsa seperti haiwan.

Ada yang memutilasikan manusia. Ada yang membunuh manusia untuk tujuan tertentu dan ada yang tidak memulangkan mangsa ke bumi selepas diculik.

Sikap kasar serta agresif ini mempunyai persamaan seperti yang pernah dicatat bagi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Mereka adalah dua bangsa yang sangat agresif. Jika mereka adalah spesis makhluk asing, maka mereka adalah yang paling jahat di alam maya ini.

Untuk kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dunia, maka sebab itulah Allah belum mengizinkan mereka untuk bertapak di muka Bumi.

Bahasa

Menurut penduduk di mana Yakjuj dan Makjuj muncul pada zaman silam, mereka memaklumkan kepada Raja Zulkarnain bahawa kedua-dua bangsa tersebut bercakap dalam bahasa yang mereka tidak faham dan kedua-dua bangsa ini juga tidak faham bahasa tempatan.

Ini menunjukkan bahawa Takjuj dan Makjuj bukan dari daerah tersebut. Mereka adalah pendatang asing ataupun makhluk asing!

Pada zaman ini, ramai saksi bertemu dengan makhluk asing melaporkan bahawa makhluk asing bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. Oleh kerana makhluk terbabit bukan dari Bumi, sudah tentulah percakapan ataupun bahasa yang digunakan mereka adalah asing bagi kita.

Dua bangsa dalam satu kumpulan

Kehadiran Yakjuj dan Makjuj adalah unik kerna mereka terdiri daripada dua bangsa tetapi bergerak dalam satu kumpulan.

Di masa silam, setiap pengganas atau yang membawa kerosakan di muka bumi terdiri dari satu bangsa seperti kaum Monggol, Tartar, Viking dan sebagainya.

Di masa kini terdapat banyak laporan menceritakan terdapat dua jenis spesis makhluk asing di dalam sesebuah pesawat UFO. Ini memberi gambaran dua jenis spesis bekerjasama dalam satu kumpulan.

Cara untuk menghindari Yakjuj dan Makjuj

Kaedah yang diguna pakai oleh Raja Zulkarnain untuk menahan atau menghindari Yakjuj dan Makjuj daripada mengganggu penduduk tempatan ialah dengan membina tembok yang diperbuat dari besi dan diperkuatkan dengan tembaga. Ini adalah sesuatu yang unik serta ganjil untuk membina tembok sebegini.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan membina tembok dari batu, sudah memadai untuk menghalang sebarang penceroboh seperti Tembok Besar China. Tetapi kenapa untuk Yakjuj dan Makjuj, perlu pada suatu kaedah yang luar biasa?

Besi serta tembaga berkebolehan untuk membawa arus kuasa elektrik serta elektromagnet. Batu-bata tiada ciri tersebut. Seperti yang kita tahu, UFO dan makhluk asing sering bergantung pada kuasa elektromagnet untuk sistem penerbangan pesawat mereka serta persenjataan yang akan digunakan mereka.

Jika kita tahu atau ada blueprint pembinaan tembok yang dibina oleh Raja Zulkarnain, kita mungkin memperoleh rahsia penggunaan alat yang dapat melumpuhkan tenaga kuasa elektromagnet dari UFO. Ini dapat melemahkan mereka serta menghindari mereka daripada mendarat di sesuatu kawasan.

Adakah Yakjuj dan Makjuj makhluk asing?

Berdasarkan pemerhatian di atas, kita yakin bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa yang bersatu dan berasal dari langit.

Ini diperkuatkan dengan ayat Al-Qur'an, Surah Al-Anbiya: 96-97 yang bermaksud: "Hingga apabila dibukakan (pembatas) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.."

Ayat ini tentu merujuk kepada langit dan bukan bukit atau gunung kerana semua manusia dapat melihat mereka walaupun berada di pelosok manapun!

Jika Yakjuj Dan Makjuj berasal dari langit, maka mereka adalah dari spesis makhluk asing. Kita mungkin bernasib baik kerana hidup pada zaman ini. Bagi umat yang berada paling akhir zaman, mereka akan menyaksikan kemunculan Yakjuj Dan Makjuj dalam jumlah yang ramai di seluruh dunia. Kehidupan di dunia tidak akan sama lagi.

Ramalan Nostradamus bahawa akan berlaku kemusnahan dan api dari langit tentu ridak merujuk pada kedatangan Yakjuj Dan Makjuj kerana kemusnahan dan kerosakan yang besar telah disimpan untuk manusia akhir zaman.

Ia seperti suatu 'hadiah' istimewa buat mereka yang lupa kepada Allah! Yakjuj Dan Makjuj pasti datang!

Hanya masa yang akan menentukannya!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

-Sentiasapanas.com

5 comments

  1. Sila baca maksud terkini Yakjuj dan Makjuj di sini, untuk tujuan perkongsian ilmu; klik link di bawah:

    http://yakjujdanmakjuj.com/blog/bumi-akan-menjadi-planet-gunung-berapi-1/#sthash.h9q0nP1F.dpbs

    ReplyDelete
  2. Zulkarnain jumpa satu kaum yg hampir tidak tahu bercakap. Kaum tu la yg minta buat tembok. Bukan yakjuj makjuj kaum yg x reti bercakap.. elok pulak dia x pandai bercakap nak chatting2 dgn zul?

    ReplyDelete
  3. Ada satu pintu sahaja yg tdk boleh didaki atau ditembusi.... Yg lain bolos

    ReplyDelete
  4. YAKJUJ DAN MAKJUJ ADALAH DARI KETURUNAN NABI ADAM....SUMBER SAHIH DARI AL QURAN....MANA ADA MAKHLUK ASINGA DAAAAA....NI PENGARUH MOVIE BARAT...BAYAK SANGAT TENGOK MOVIE NI.....SUMBER UTAMA KITA AL QURAN TAK TAHU TANYA ULAMA MAHUPUN USTAZ.....

    ReplyDelete
  5. Rencana diatas merujuk bahawa Yakjuj dan Makjuj (YnM) adalah alien dari planet lain atau makhluk piring terbang yang telah banyak diperkatakan... sebenarnya makhluk piring terbang itu adalah pekerjaan jin dan syaitan yang cuba mengelirukan manusia dibumi... hanya orang2 yang mengerti dan mengetahui sahaja yang akan memahami persoalan kemunculan piring terbang ini... YnM pula mereka ini akan muncul apabila hampirnya kiamat besar... mereka ini bukanlah manusia biasa seperti yang selalu kita duga... ada yang berpendapat bahawa YnM ini sudah lama terlepas keluar kerana adanya hadis Rasulullah Muhammad SAW yang menceritakan tembok YnM hampir berjaya dilubangi oleh YnM ini... barangkali Rasulullah bermaksud pada masa itu bahawa dunia akan rosak kerana telah muncul orang2 yang berperangai seperti kaum YnM... bukannya YnM yang sebenar...andai kata sekiranya YnM itu benar-benar sudah lama keluar tentulah semua yang ada diatas muka bumi ini telah hancur dan binasa kerana Allah menyebut bahawa YnM akan memakan dan membinasakan apa sahaja yang ditemuinya dan tiada sesiapa dapat mengalahkannya... disini ternyata bahawa kaum YnM ini barangkali adalah kaum Hibrid yang masih tersisa diatas bumi ini sejak ribuan tahun dahulu... sebab Raja agung Dzulqarnain (melalui surah Al-Kahfi) tidak memahami bahasa kaum yang ditemuinya... barangkali bahasa kaum Hibrid yang luar dari pertuturan bahasa manusia biasa... kita cuba berfikir lebih jauh sedikit... namun hanya Allah jua yang lebih Maha Mengetahui... segala rahsia adalah milikNya... wallahua'lam...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon