Wednesday, February 12, 2014

TIK! TIK! Dari Angka Satu Menjadi 31,104,000!


Jam itu sudah hampir lengkap. Hanya langkah terakhir, tinggal memasangkan jarum pendetiknya sahaja.

Antic Watch

Setelah itu, lengkaplah untuk jam itu bekerja, berfungsi menjalankan tugasnya untuk mengira waktu yang bakal mendatang.

Maka bertanyalah lelaki itu kepada jam tersebut: "Wahai jam pengira waktu, akan aku letakkan jarum terakhir ini agar lengkap untukmu menjalankan tugas.

"Namun, aku perlukan jarum ini berdetik sebanyak tiga puluh satu juta seratus empat ribu (31,104,000) dalam tempoh setahun. Mampukah kau melakukannya?"

Jam itu terperanjat tatkala mendengar permintaan itu seraya menjawab: "Hah! Adakah kau sudah gila? Jarumku yang halus dan ringan ini tidak mampu berdetik berjuta-juta kali begitu!"

Don't give up

Lelaki itu tersenyum. Lantas bertnya lagi kepada si jam tadi.

"Jikalau tidak mampu untuk setahun, aku kurangkan jumlahnya. Aku pinta jarummu berdetik sebanyak lapan puluh enam ribu empat ratus (86,400) detik dalam tempoh sehari!"

Jam itu terus mengeluh sambil berkata: "Tidak mungkin! Jumlah itu terlalu tinggi. Mustahil jarumku dapat melakukannya!"

Lelaki itu tersenyum lagi. Dia terus memujuk dan meyakinkan jam yang kecil itu.

"Jika kau tidak dapat melakukannya untuk sehari, aku kurangkan lagi waktunya. Bolehkah kau berdetik hanya tiga ribu enam ratus (3,600) kali hanya untuk tempoh sejam sahaja?", tanya lelaki itu lagi.

Jangan putus asa

Jam itu terdiam sebentar. Lelaki itu meminta jarumnya berdetik untuk tempoh sejam. Kadarnya sudah jauh turun berbanding permintaan awal lelaki itu. Tetapi, jam kecil itu masih ragu-ragu.

"3,600 masih terlalu banyak. Agak sukar untuk aku melakukannya," jawab si jam kurang yakin dengan kemampuannya memenuhi tuntutan lelaki itu.

Lelaki itu terus mengukir senyuman. Terus sabar dengan keengganan si jam kecil itu.

Lalu, lelaki itu bertanya lagi, "Jika begitu, aku pinta yang paling mudah. Sanggupkah engkau berdetik hanya satu kali untuk setiap saat?"

"Hanya satu detik! Oh! Itu mudah. Sudah tentu aku sanggup melakukannya," jawab si jam penuh yakin.

Maka, lelaki itu pun memasangkan jarum terakhir. Lalu jam itu pun mula bekerja. Memaksa jarum kecilnya untuk berdetik sekali pada setiap saat.

TIK! TIK! TIK!

Tanpa jam itu sedar, jarumnya terus berdetik dan berdetik menghitung saat menjadi minit. Dari minit menjadi jam, bertukar hari, sehingga berbulan dan akhirnya menjangkau sebanyak tiga pula satu juta seratus empat ribu (31,104,000) dalam tempoh setahun.

Tanpa sedar, jam itu telah menyempurnakan permintaan awal tuannya itu!

Jangan putus asa [2]

Pembaca budiman, kisah ini ibarat simbolik dalam kehidupan kita.

Ada kalanya kita seperti jam, sentiasa ragu dan tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara, apatah lagi jika ia dirasakan berat dan dirasakan mustahil untuk dijayakan.

Malah, kita acap kali membuat tanggapan akan menemui kegagalan tanpa sempat mencubanya terlebih dahulu.

BACA INI JUGA: Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Assalammualaikum.. sentiasa panas,

    masa tidak pernah berhenti berdetik, dan masa itu adalah emas.. potonglah ia sebelum ia memotong kamu..

    semua inilah adalah berkaitan masa..

    mselim3

    pls: masa tak pernah 'undur' sentiasa meninggalkan kita jika kita tidak mengejarnya..daripada 1 saat,1 minit,1jam,1 hari,1 minggu,1 bulan,1 tahun... dan seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, betul tu. Dan masa adalah hadiah besar yang apabila kita sia-siakan adalah kerugian yang amat besar. Alangkah bahagianya jika boleh diundurkan masa..:(

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon