Wednesday, February 05, 2014

Sharifah Sakinah Komen Isu Pakaian Sukan Seksi


Pelakon yang tak sunyi daripada gosip, Sharifah Sakinah menyifatkan yang dia hanya ingin berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat mengenai dunia kecergasan. Pelakon tinggi lampai itu kini giat mengadakan sesi kecergasan bersama peminat-peminatnya.

Sharifah Sakinah Seksi

“Saya hanya berkongsi dengan peminat apa yang saya tahu. Saya memang suka dengan dunia kecergasan, jadi saya lakukan perkara tersebut atas dasar minat dan ingin sama-sama berkongsi perkara yang baik, serta menyihatkan tubuh badan.

"Aktiviti ini bermula sebagai hobi. Saya tak merancang pun. Saya suka bersenam dan sebelum ini saya ada melakukan senaman bersama jurulatih kecergasan saya yang berasal dari Rusia," ujar Sakinah memulakan bicara.

“Apabila dia pulang ke Rusia, saya meneruskan aktiviti senaman secara berseorangan. Satu hari, ada seseorang menghampiri saya dan menyatakan hasratnya ingin mengambil khidmat jurulatih kecergasan saya, tetapi dia sudah pulang ke Rusia.

"Jadi saya berkongsi apa yang saya tahu. Saya sudah terbiasa didedahkan dengan dunia kecergasan semenjak saya di Tingkatan Lima lagi.

"Jadi saya tahu cara untuk menjaga pemakanan dan menjaga kecergasan dan lain-lain lagi.

"Pernah suatu hari, saya menyuarakan kepada pengurus saya yang saya bosan jogging berseorangan. Datanglah idea untuk mengajak orang lain untuk turut serta. Jadi semuanya bermula dari situ.

"Kami bersama-sama berlatih, apabila ada yang tidak larat, saya bantu mereka dengan memberi galakan dalam menghabiskan latihan,” tutur gadis tinggi lampai ini lagi.

Untuk tujuan aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh Sakinah, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.

(Baca: Jen Selter, Selebriti ‘Punggung Seksi’ Paling Popular Di Dunia!)

"Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” ujar gadis ketika dihubungi.

Mengulas mengenai pandangan negatif sesetengah orang apabila Sakinah memuat naik gambar dirinya berpakaian sukan yang dianggap seksi oleh sesetengah pihak, gadis berusia 25 tahun ini ada jawapannya tersendiri.

“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan.

"Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur.

"Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.

“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.

"Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka.

"Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah lagi mengakhiri perbualan.

Saya masih tahu hukum agama

Sharifah Sakinah Seksi [2]

"Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi saya hanya menjadi diri saya.

"Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar," ujarnya.

Tambah Sharifah lagi, kontroversi telah melanda dirinya sebelum dia bergelar pelakon lagi apabila ketika itu dia dikenali sebagai adik kepada pelakon Sharifah Shahirah.

"Saya telah dilanda kontroversi sejak sebelum saya bergelar seorang pelakon lagi. Bayangkan, sebelum saya dikenali ramai, gambar-gambar saya bersosial bersama rakan-rakan telah tersebar di Internet dan orang telah bercakap mengenai saya. Jadi, apabila benda-benda seperti itu berlaku sekarang, saya hanya berdiam diri."

Bagi pelakon berusia 25 tahun itu, jika benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk akan dikeluarkan.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon