Patung yang memakai pakaian pengantin di sebuah butik di bandar Chihuahua di utara Mexico bukan sebarangan patung! Teori yang berlegar sejak dulu, La Pascualita sebenarnya bukanlah sekadar patung. Kononnya, La Pascualita berasal daripada tubuh seorang gadis yang telah diawet menjadi patung!
Ada juga yang menggelarnya sebagai pengantin yang mati akibat disumpah!
Pada bulan Mac 1930, pertama kali patung La Pascualita dipertontonkan kepada umum disebalik kaca butik tersebut.
Sebaik diletakkan disebalik cermin, patung yang didandan dengan pakaian pengantin ini cukup mudah menarik perhatian mata pengunjung yang lalu lalang di situ.
Ramai yang memuji La Pascualita dan dianggap sebagai manekuin terbaik pada kualitinya pada zaman itu.
Raut wajah yang cantik mempesona, bola mata yang bulat dan galak serta kulit wajah yang cantik kemerahan, membuatkan mata yang memandang tidak lekang untuk terus melihat La Pascualita.
Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik mata pengunjung untuk terus memerhatikan susuk tubuh patung ini.
Warga kota Chihuahua merasakan ada suatu kelainan pada menekuin La Pascualita. Memandang patung itu bagaikan melihat seorang gadis hidup, yang mempunyai jiwa.
Banyak ciri-ciri manusia terlihat pada patung ini. Rambut, raut wajah, kulit, malah kukunya tampak seperti manusia sebenar.
Apabila diamati, penduduk mendapati wajah La Pascualita mirip dengan wajah Pascualita Esparza, pemilik butik itu pada zaman berkenaan.
Maka, tersebarlah khabar angin yang mengaitkan patung itu dengan anak pemilik butik tersebut.
Penduduk mula percaya, manekuin La Pascualita adalah anak gadis Esparza yang telah menemui ajal akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.
Esparza dituduh mengawet mayat anak gadisnya, lalu dipakaikan pakaian pengantin pada hari perkahwinan tersebut. Setelah itu, patung mayat anak gadisnya itu ditayangkan disebalik cermin butik tersebut.
Ketika khabar angin itu hebat diperkatakan, Esparza telah tampil menafikan dakwaan penduduk. Namun, tindakannya sudah terlambat. Tiada siapa yang percaya dengan penafiannya.
Dari sudut positif, khabar angin itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Bukan warga tempatan sahaja, malah pelancong dari luar termasuk para pengkaji sanggup datang untuk menyaksikan sendiri keanehan La Pascualita.
Ini kerana manekuin berpakaian pengantin ini turut diiringi dengan pelbagai kisah seram. Kononnya, anak mata patung ini boleh bergerak-gerak, mengikuti gerak langkah pengunjung didalam butik berkenaan.
Ada yang mengatakan posisi patung ini sering berubah-ubah daripada posisi asal. Kononnya, La Pascualita akan 'hidup' dan bergerak-gerak terutamanya pada waktu malam.
Namun, apa yang lebih menggemparkan, sejak tahun 70an, kulitnya yang kelihatan seperti 'hidup' terutama pada jari-jemari dan tangannya. Garisan tapak tangan dan kukunya kelihatan betul-betul seperti manusia.
Bahkan, pada kakinya juga kelihatan garisan varises atau urat nadi yang timbul, menguatkan lagi kepercayaan bahawa La Pascualita pada asalnya adalah seorang manusia!
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan sebuah muzium menafikan dakwaan itu. Ini kerana mustahil seseorang itu mampu mengawetkan mayat manusia dengan bentuk yang amat sempurna.
Ditambah pula dengan kulitnya yang mulus seperti porselin walaupun sudah berusia puluhan tahun.
Namun, penafian itu tidak berjaya mengekang kepercayaan pengunjung. Semakin ramai yang datang, bukan sekadar memerhati malah turut merenung berjam-jam lamanya ke arah patung itu.
Jawapannya tetap sama, mereka percaya La Pascualita berasal daripada seorang manusia!
Anda percaya?
-Sentiasapanas.com

Kononnya, anak matanya boleh bergerak. Kuku dan garisan jari-jemarinya juga tampak hidup.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan sebuah muzium menafikan dakwaan itu. Ini kerana mustahil seseorang itu mampu mengawetkan mayat manusia dengan bentuk yang amat sempurna.
Ditambah pula dengan kulitnya yang mulus seperti porselin walaupun sudah berusia puluhan tahun.
Namun, penafian itu tidak berjaya mengekang kepercayaan pengunjung. Semakin ramai yang datang, bukan sekadar memerhati malah turut merenung berjam-jam lamanya ke arah patung itu.
Jawapannya tetap sama, mereka percaya La Pascualita berasal daripada seorang manusia!
Anda percaya?
-Sentiasapanas.com
Tengok lelame meremang jugak...memang orang kot...kite pegi mexico la kalo nk tgk real
ReplyDelete