Monday, February 17, 2014

Kos Pembikinan Video-video Game Terkenal


Pada awal tahun 90an, kos produksi permainan video hanyalah $100,000. Malah, ketika permainan DOOM dikeluarkan pada tahun 1993, kos sebanyak USD$200,000 menjadikannya video game yang paling mahal ketika itu.

Die Hard Gamers

Berbeza dengan video game yang ada ketika ini, kos pembikinannya hampir malah sebenarnya melebihi kos pembikinan filem Hollywood.

Berikut adalah 9 permainan video game dengan kos produksi paling mahal.

Final Fantasy XII
Anggaran kos: USD$48 juta

Final Fantasy XII

Game Final Fantasy telah dikenali di seluruh dunia kerana kualitinya yang luar biasa. Pada siri Game Final Fantasy XII telah melibatkan anggaran kos sehingga $USD48 juta.

Malah, angka tersebut belum termasuk kos promosi! Kesinambungan game ini, iaitu Game Final Fantasy XIII khabarnya bakal melibatkan anggaran kos 50% lebih tinggi dari versi XII.

LA Noire
Anggaran kos: USD$50 juta

LA Noire

LA Noire baru-baru ini disebut sebagai salah satu game yang paling mahal kos pembikinannya. Perkara ini mungkin terlalu diperbesar-besarkan untuk menaikkan populariti game yang bakal menemui peminat. Sebahagian besar latar belakang game tersebut adalah bandar Los Angeles pada tahun 1940an.

APB
Anggaran kos: USD$50 juta

APB

APB telah diusahakan selama 5 tahun yang dijalankan oleh Realtime Worlds. Pengarahnya, Dave Jones telah melaburkan sejumlah USD$50 juta untuk merealisasikan video game syarikatnya.

Halo 3
Anggaran kos: USD$55 juta

Halo 3

Permainan yang begitu berjaya di pasaran yang telah menguntungkan Syarikat Bungie dan Microsoft. Kos pembikinan Halo 3 dikatakan adalah USD$55 juta sementara untuk promosinya sahaja, Microsoft telah memperuntukkan lebih dari USD$200 juta!

Metal Gear Solid 4
Anggaran kos: USD$60 juta

Metal Gear Solid 4

Permainan yang disebut-sebut sebagai yang termahal, tercantik dan paling kompleks. Metal Gear Solid merupakan salah satu permainan yang sangat mengagumkan dan memiliki visual terbaik ketika itu.

Pada versi Metal Gear Solid 4, tempoh 4 tahun diperlukan untuk proses pembikinannya. Kos dianggarkan sehingga USD$60 juta yang terdiri dari saham Kojima Productions dan Sony.

Too Human
Anggaran kos: USD$60 juta

Too Human

Kos pembikinannya yang sangat mahal adalah disebabkan kerumitan ketika menghasilkan permainan ini.

Shenmune
Anggaran kos: USD$70 juta

Shenmune

Sebuah permainan yang memegang rekod sebagai game paling mahal selama hampir 10 tahun. Game Shenmune menawarkan explorable yang luas, sistem cuaca yang lengkap dan begitu banyak perincian yang teliti dan juga persekitaran yang lengkap.

Gran Turismo
Anggaran kos: USD$80 juta

Gran Turismo

Permainan yang di war-warkan sebagai game terbesar dalam sejarah game trek lumba. Gran Turismo disiapkan dalam tempoh 5 tahun, memiliki lebih dari 1,000 kereta.

Setiap kereta dalam permainan ini telah direka dengan cukup teliti untuk kelihatan 'hidup' dan sempurna.

Kos pembikinan rasmi pada pertengahan 2008 melonjak sehingga mencapai USD$80 juta, menjadikannya permainan paling mahal dalam sejarah pada tahun itu.

Grand Theft Auto IV
Anggaran kos: USD$100 juta

Grand Theft Auto IV

Dengan kos pembikinannya mencecah USD$100 juta, game paling mahal di dunia, Grand Theft Auto IV, disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah dan melibatkan lebih dari 1,000 pekerja.

Persekitaran yang ditawarkan dalam permainan ini adalah suasana bandar New York secara terperinci.

Termasuk juga copyright keatas ratusan trek muzik yang boleh didengar dalam permainan tersebut. Malah, kos untuk merakam master track untuk setiap lagu sahaja adalah sekitar USD$10 ribu.

Ada banyak kandungan didalam permainan ini sehingga menjadikannya sebagai satu-satunya permainan dengan kos pembikinan paling mahal di dunia ketika ini.

BACA INI JUGA: Perbezaan Gamer Lelaki dan Perempuan!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon