Wednesday, February 19, 2014

Koleksi Fesyen Bintang Terkenal Bollywood


Pada November lalu, bintang Bollywood terkemuka, Hrithik Roshan melancarkan jenama fesyennya sendiri, "HRx", yang berkonsepkan 'fesyen dan kesihatan badan', dua perkara yang sinonim dengan bintang "Krishh" ini.

Hrithik Roshan Fashion

Tapi Hrithik Roshan bukan bintang pertama yang memiliki koleksi fesyennya sendiri. Antara yang lain mendahului termasuklah:

Lara Dutta

Lara Dutta Fashion

Bekas ratu cantik dan pelakon "Don 2" ini bekerjasama dengan peruncit Chabbra 555 untuk menghasilkan koleksi sarinya sendiri yang direka dan dikonsepsi oleh dirinya sendiri dan dijenamakan sebagai Lara Dutta-Chabbra 555.

Sebagai seorang daripada pemula trend di India, Lara mengatakan dia menghasilkan sari-sari yang lebih kontemporari, sesuai dengan kehendak wanita moden India masa kini.

Deepika Padukone

Deepika Padukone

Bintang "Ram Leela" ini telah berkolaborasi dengan jenama fesyen terkemuka Van Heusen dalam menghasilkan edisi terhad rekaannya sendiri untuk wanita, yang lebih menjurus kepada gaya klasik Hollywood yang disesuaikan dengan rekaan moden.

Salman Khan

Salman Khan

Berbeza dengan bintang Bollywood yang lain, Salman Khan melancarkan koleksi pakaiannya sendiri selari dengan organisasi kebajikannya, Being Human yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Koleksi pakaian Being Human dilancarkan pada tahun 2012 dan sebahagian daripada keuntungan daripada jualan digunakan pertubuhan tersebut untuk aktiviti kemanusiaan mereka.

Shilpa Shetty Kundra

Shilpa Shetty Kundra

Bekas juara musim kelima "Celebrity Big Brother" UK yang kini sudah menjadi usahawan berjaya ini, membuat kemunculan sulung dalam bidang rekaan fesyen dengan mereka pakaian untuk pasukan Liga Prima India milik dia dan suaminya, Rajasthan Royals.

John Abraham

John Abraham

Bekas model dan pelakon "Jism" ini bukan sahaja model rasmi jenama pakaian dan jeans Wrangler, tapi juga memiliki koleksi pakaian yang menggunakan namanya sendiri, JA Clothes di bawah payung Wrangler.

Bipasha Basu

Bipasha Basu

Berbeza dengan para artis lain yang melancarkan koleksi pakaian, pelakon seksi Bipasha Basu melancarkan koleksi aksesori termasuk barang kemas, beg tangan dan lain-lain.

Koleksi tersebut diberi nama The Trunk Lable dan boleh didapati secara dalam talian.

Lisa Ray

Lisa Ray

Model, pelakon, pengacara dan pemandiri kanser yang popular melalui filem "Kasoor" ini memilih jenis pakaian yang sama dengan Lara Dutta, dengan melancarkan koleksi sarinya sendiri yang diberi nama Ray of Hope.

Koleksi tersebut merupakan hasil kerjasama dengan pereka fesyen popular merangkap label terkemuka India, Satya Paul.

Malaika Arora Khan

Malaika Arora Khan

Pelakon, model, ikon fesyen dan isteri kepada bintang Arbaaz Khan ini melancarkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama TheClosetLabel.com.

The Closet Label bukan sahaja menjual pakaian rekaan Malaika yang sesuai untuk pelbagai acara, tapi juga aksesori menarik yang sinonim dengan pemula trend tersebut. Seperti koleksi Bipasha Basu, ia juga boleh didapatkan dalam talian.

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon