Saturday, February 22, 2014

Festival Bogel Merebut Kayu Bertuah Di Jepun


Dengan hanya berpakaian cawat sahaja, kira-kira 9,000 orang lelaki dalam keadaan separuh bogel akan berebut-rebut untuk mendapatkan sepasang kayu yang dianggap mempunyai tuah.

Festival Hadaka Matsuri

Itulah Festival Hadaka Matsuri yang dianggap suci dan budaya tradisi di negara Jepun untuk merebut kayu yang dipanggil Shingi.

Kayu ‘bertuah’ itu akan dicampakkan di tengah-tengah lautan manusia itu oleh seorang sami dan lelaki-lelaki itu akan cuba mendapatkan kayu itu, menurut laman web Metro.co.uk.

Sesiapa yang berjaya mendapatkannya dan meletakkan kembali ke dalam satu kotak kayu dikatakan akan dipenuh kebahagiaan dalam hidupnya sepanjang setahun.

Festival yang telah pun diamalkan sejak 500 tahun lalu itu diadakan di Kuil Saidaiji di bandar Okayama.

Pada waktu tengah malam, ketika lampu dipadamkan kayu Shingi sepanjang 20cm itu dicampakkan ke tengah-tengah orang ramai sambil mereka berteriak “Wasshoi!, Wasshoi!”, dan percubaan mendapatkannya pun bermula.

Acara itu turut dikenali sebagai Festival Bogel, diadakan setiap tahun pada hari Sabtu ketiga bulan Februari, iaitu pada Sabtu lepas.

Pada zaman dahulu, cawat yang dipakai lelaki atau dikenali Fendoshi, diperbuat daripada kertas dan kini ia digantikan dengan kain kerana kertas pada zaman dahulu mudah terkoyak. Sumber: Mynewshub

BACA INI JUGA: Fenomena Burung Membunuh Diri Di Jatinga

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon