Monday, February 03, 2014

Facebook, Laman Sosial Yang Semakin SIAL


Laman sosial yang menjadi kegilaan di seluruh dunia dan paling digemari rakyat Malaysia dengan jutaan orang memilikinya, malah seperti suatu kewajipan pula untuk bersosial serta membuang masa didalamnya.

Julian_Assange_vs_Mark_Zuckerberg

Medium dalam internet ini dicipta oleh seorang pemuda Yahudi bernama Mark Zuckerberg yang pernah menuntut di University Harvard, Amerika Syarikat.

Namun kini, apa pun tujuan asalnya, Facebook sudah kian bertukar menjadi laman sosial yang 'sial'.

Jenguklah dimana-mana dialam Facebook, semakin ramai pengguna menggunakan gambar berunsur erotik sebagai gambar profile mereka.

Remaja_Rosak_Facebook

Malah, gambar-gambar ini dipamerkan dengan beberapa gaya yang menggiurkan didalam album gambar mereka.

Ada yang bergaya sepenuh badan sambil meniarap, mengiring dan pelbagai gaya lagi malah ada yang hanya berbikini sambil menunjukkan bentuk tubuh yang menggiurkan.

Ada yang memakai baju sendat atau bra ketat yang menunjukkan alur buah dada montok masing-masing.

Tidak ketinggalan juga budak-budak sekolah dengan bangganya berkongsi gambar sedang berpelukan, sedang bercium dan ada juga gambar sambil menunjukkan jari hantu yang ditegakkan!

Yang lebih menjijikkan, ada yang menggunakan gambar profil tanpa memakai seurat benang pun, sama ada gambar berseorangan mahupun bersama teman lelaki atau wanita.

Ada juga yang sangat sudi berkongsi kisah-kisah seks bebas yang mereka lakukan tanpa rasa malu dan segan, walhal kebanyakannya adalah pelajar dan beragama Islam!

Dan sudah tentunya semua komen yang diberikan (majoritinya lelaki) akan memuji. Malah ada yang seperti tidak dapat menahan berahi dan mengajak untuk melakukan asmara.

Yang peliknya, biasanya tuan punya badan tidak pula memberikan sebarang respon. Mereka hanya membisu sedangkan tujuan asalnya mungkin untuk mencari rakan berseronok.

Tayang_Lurah_Di Facebook

Apa pun bahan atau kemudahan teknologi yang dihasilkan oeh manusia, mampu memberikan keburukan mahupun keburukan.

Kebaikan diperolehi jika digunakan untuk mencari kebaikan. Dan keburukan pula diterima andainya itu yang diingini.

Facebook yang asalnya medium untuk mencari rakan lama atau saudara-mara yang sekian lama tidak ditemui, semakin lama semakin dicemari mereka yang hanya kemaruk seks!

Maka sah, Facebook semakin membenarkan dakwaan bahawa produk Yahudi akhirnya hanya mahu menjahanamkan bangsa-bangsa lain dan penganut-penganut yang teguh berpegang kepada agama masing-masing, terutamanya umat Islam.

Berhati-hatilah..

BACA INI JUGA: 60% Remaja Malaysia Tiada Dara!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Assalammualaikum...sentiasapanas,

    panas nie.. laman sosial nie... makin menjadi2 ...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin disalah-guna oleh pihak2 tidak bertanggungjawab..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon