Friday, February 14, 2014

AWAS! Bahaya Perisian Orbit Downloader!


Di sebalik perisian Orbit Downloader yang terkenal dengan ciri-ciri hebat muat turunnya terlindung bahaya yang telah di kesan oleh pihak ESET.

Orbit Downloader Danger

Pihak ESET telah berjaya mengesan terdapat bot yang di tanam di dalamnya di mana, apabila sesebuah komputer memasang aplikasi ini, komputer tersebut akan di jadikan alat untuk melakukan serangan DDOS (Distributed denial of service).

Sejak keluarannya pada versi 4.1.1.14 pada bulan Disember 2012 lalu, perisian telah di kesan mengandungi bot yang bertindak secara automatik mendownload komponen DLL yang akan digunakan untuk melakukan serangan DDoS.

(Baca: Tambah Kekuatan Signal WIFI Anda Dengan Tin Minuman)

Yang lebih memeranjatkan lagi, komponen DLL yang di muat turun berasal daripada laman rasmi pengeluar perisian ini, hal ini menunjukkan terdapat penglibatan pemaju atau mungkin ahli yang terlibat.

Kesan daripada DDOS:
  • Menghabiskan bandwidth Internet .
  • Menyebabkan internet menjadi perlahan.

Pihak ESET telah melabel bot ini sebagai trojan berdasarkan sifat-sifatnya. Beberapa pengguna Orbit Downloader menyatakan mereka sering kehabisan bandwidth apabila Orbit downloader berada dalam keadaan aktif, keadaan ini tidak berlaku apabila Orbit Downloader berada dalam keadaan tidak aktif.

Pihak pemaju Orbit Downloader hanya berdiam diri dengan isu ini. Oleh itu, di harap anda dapat berhati-hati.

[Sumber]

2 comments

  1. Assalammualaikum..sentiasa panas,

    thanks perkongsian nie.. kalau x tak tahu.. all the best my friend..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, kena hati2lah kalau nak guna software ni..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon