Wednesday, January 22, 2014

UNIK! 'Straw Bear, Festival Beruang Jerami


Banyak negara di dunia mempunyai tradisi dan perayaan yang aneh setiap tahun. Dan salah satu negara yang mempunyai festival yang unik dan menarik adalah England.

Straw Bear festival

Upacara tahunan yang dikenali sebagai festival beruang jerami atau 'Straw Bear' diraikan secara meriah pada pertengahan bulan Januari setiap tahun di bandar Whittlesey. Ia telah diadakan sejak turun-temurun oleh penduduk bandar tersebut.

Dalam festival ini, seorang lelaki akan memakai kostum yang dibuat daripada jerami. Pemakai kostum yang digelar beruang jerami akan dipantau oleh seorang penyelia kerana amat sukar untuk melihat apabila memakai kostum ini.

Straw Bear festival - Guide

Beruang jerami berjalan mengetuk pintu dari satu rumah ke rumah yang lain di sekitar bandar dan menari untuk menghiburkan penduduk tempatan dengan iringan pemuzik dan penari.

Selepas itu, mereka akan memperoleh hadiah daripada pemilik rumah sebagai balasan dalam bentuk wang tunai.

Perayaan selalunya bermula pada waktu petang dengan perarakan bermula di hadapan Kelab Ivy League dan berakhir di luar George Hotel untuk majlis penutupan.

Perayaan berakhir dengan acara membakar kostum beruang jerami pada sebelah malam supaya kostum baru boleh dibuat untuk tuaian pada tahun berikutnya.

Pemakai kostum biasanya akan dipilih tiga tahun lebih awal dan saiz badan orang tersebut memainkan peranan penting. Orang tersebut mestilah berbadan tegap dan mempunyai tenaga yang kuat untuk memakai kostum itu.

Straw Bear festival - Burn

Semua wang hasil kutipan sepanjang perayaan itu akan digunakan untuk menampung kos bagi mengadakan perayaan tersebut, manakala bakinya pula akan diedarkan kepada badan-badan kebajikan tempatan.

Tarikh sebenar upacara ini bermula tidak diketahui tetapi dipercayai ia merupakan upacara adat yang berkaitan dengan pertanian dan dilakukan oleh masyarakat disana bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat untuk memastikan tuaian yang baik pada tahun yang akan datang.

Festival Straw Bear telah diharamkan pada tahun 1909 oleh seorang anggota polis ketika itu kerana menganggap ia memaksa dan menyeksa pemakai kostum kerana berat kostum itu mencecah sehingga 30 kilogram walaupun pada hakikatnya orang yang memakai kostum itu melakukannya secara sukarela.

Straw Bear festival - History

Pada tahun 1980, perayaan ini telah dihidupkan semula oleh Persatuan Whittlesea dengan sedikit pengubahsuaian pada kostum.

Kostum baru beruang jerami direka dengan cara yang lebih praktikal dan boleh ditanggalkan. Perkara ini sangat penting kerana kostum itu sangat berat.

Ia memerlukan dua orang untuk memakai kostum tersebut secara bergilir-gilir kerana jika hanya seorang sahaja yang memakai kostum ini sepanjang festival pasti sangat memenatkan.

Straw Bear festival - Making

Semasa perayaan ini dihidupkan semula, seramai 30 orang telah terlibat dalam perarakan tersebut. Jumlah itu kini bertambah sehingga lebih 250 orang yang terdiri daripada penari, pemuzik dan penghibur dari segenap pelusuk bahagian Kepulauan British yang melakukan tarian tradisional Molly, Morris, Clog dan Sword. Terdapat juga tarian Appalachian, persembahan jalanan dan aksi pelakon mime.

Sabah tahun, upacara unik telah menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan festival unik ini.

Jika anda berkunjung ke England pada bulan Januari ini, jangan lupa singgah ke Whittlesey untuk merasai sendiri pengalaman festival yang menarik ini.

BACA INI JUGA: Festival Kejam Memutuskan Kepala Angsa!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon