Tuesday, January 14, 2014

Tragedi Pembunuhan Ngeri, St. Valentine's Day Massacre


Tanggal 14 Februari 1929 bersamaan hari khamis merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh semua pertubuhan kongsi gelap Amerika.

St. Valentine's Day Massacre

Pada hari tersebut satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai geng kongsi gelap di Chicago Amerika Syarikat telah berlaku. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan garaj bernombor 2122, Jalan Clark, Taman Lincoln, Chicago.

Bangunan tersebut merupakan lokasi penjualan minuman keras haram terbesar kumpulan kongsi gelap North Side. North Side adalah kumpulan gengster yang paling ditakuti dikawasan utara Chicago. Ketua kumpulannya bernama George Moran.

Dahulu, kumpulan tersebut diketuai oleh Dion O'Banion. Lima tahun sebelum itu, dia telah dibunuh oleh empat orang lelaki bersenjata di kedai bunganya yang terletak di North State Street.

Pada kejadian 14 Februari itu, saksi melaporkan, lima orang gengster dari kumpulan George Moran berjalan menuju ke garaj tersebut. Mereka digelar 'Bugs'.

Selepas mereka memasuki garaj tersebut, seorang individu berpakaian polis dari balai Crestview menyerbu garaj berkenaan.

St. Valentine's Day Massacre

Serbuan itu menyebabkan tujuh orang lelaki yang berada dipremis berkenaan menggelabah kerana menyangka ia adalah serbuan pihak polis.

Mereka segera menjatuhkan senjata dan meletakkan tangan ke dinding. Dengan menggunakan dua laras senapang patah dan sepucuk mesingan, individu berpakaian polis tadi melepaskan lebih 150 butir peluru kearah tujuh lelaki tersebut dan membunuh mereka serta-merta.

Bagaimanapun, pemeriksaan pihak polis mendapati, salah seorang mangsa bernama Frank Gusenberg tidak mati. Dia kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan intensif.

Selepas beberapa hari dirawat, doktor mengesahkan Gusenberg dalam keadaan stabil. Pihak polis mengambil keputusan untuk menyoal siasat bagi mencari dalang disebalik pembunuhan ini.

Ketika disoal siasat, Gusenberg menafikan dia ditembak walaupun doktor mengesahkan ada 14 kesan tembakan dibadannya. Keadaan itu menimbulkan pelbagai keraguan. Pihak Polis Chicago menamakan kejadian ini sebagai St. Valentine's Day Massacre. Mereka mengesyaki kejadian ini ada kaitannya dengan geng Al Capone.

Mengikut teori polis, Al Capone merancang untuk menghapuskan George Moran bagi menguasai perniagaan arak haram di kawasan berkenaan.

St. Valentine's Day Massacre
Al Capone (kiri) dan Moran.

Walau bagaimanapun, Al Capone mempunyai alibi yang mengatakan dia tidak ada ditempat kejadian. Pada masa kejadian, dia sedang bercuti di Florida.

Pakar penganalisis jenayah berpendapat bahawa Al Capone telah merancang kes pembunuhan tersebut dengan mengumpan Bugs Moran dan anak buahnya ke garaj tersebut.

Modus operandi Al Capone adalah mengatur pertemuan di antara kumpulan geng Purple Detroit dengan Geng North Side. Pertemuan tersebut dikaburi dengan niat untuk urusan jual beli.

Tetapi muslihat Al Capone yang sebenar adalah untuk menghapuskan Bugs Moran dan anak buahnya. Al Capone telah menggunakan empat orang ahlinya untuk menyamar sebagai ahli geng Purple Detroit dan anggota polis. Dua orang ahli Al Capone yang berpakaian polis melakukan serbuan sebaik sahaja ahli geng Purple Detroit yang menyamar masuk ke dalam garaj.

Sementara itu, dalam masa yang sama, dua orang pengintip telah ditempatkan di kaki lima sebuah pangsapuri yang bertentangan dengan garaj tersebut. Merekalah yang memberikan maklumat kepada polis palsu tentang keadaan persekitaran untuk bertindak.

Sebaik sahaja lima orang daripada geng North Side tiba di garaj tersebut, pengintip yang berada di seberang jalan tadi terus memaklumkan kepada rakan mereka. Lantas dua orang yang menyamar sebagai ahli kumpulan geng Purple Detroit masuk ke garaj tersebut untuk membuat urusan jual beli.

Semasa urus niaga dijalankan, dua orang lagi yang berpakaian polis terus menyerbu masuk dari pintu belakang garaj. Kedua-duanya kemudian memberikan isyarat kepada rakan mereka yang menyamar sebagai geng Purple Detroit tadi untuk melepaskan tembakan.

Sebenarnya, semasa kejadian tersebut berlaku, Moran tidak berada di situ. Sebelum memasuki garaj tersebut, Moran terlebih dahulu telah menyedari kehadiran kereta polis yang diletak berhampiran garaj tersebut.

Bagi mengelak daripada sebarang risiko yang tidak diingini, Moran telah melarikan diri ke kedai kopi berdekatan dengan garaj tersebut.

Pengintip dipercayai telah tersalah anggap denagn menyangka seorang ahli geng North Side yang bentuk badannya seakan-akan Bugs Moran.

Pembunuhan tersebut sebenarnya dirancang kerana ingin membalas dendam diatas kegagalan Al Capone membunuh Jack McGurn.

St. Valentine's Day Massacre - Jack McGurn
Jack McGurn.

Jack ialah salah seorang penganalisis jenayah yang terkenal. Beliau telah banyak menganalisis jenayah yang dilakukan oleh Al Capone. Disebabkan itu, Al Capone mahu membunuhnya. Namun, usahanya untuk membunuh Jack sering kali gagal disebabkan campur tangan saudara Petrus Gusenberg dari geng North Side.

Selain itu juga, rancangan pembunuhan tersebut itu juga dilakukan atas sebab persaingan antara Moran dan Capone. Mereka berebut kawasan Bootlegging Chicago iaitu sebuah kawasan yang besar dan menguntungkan.

Walaupun kejadian ini didalangi oleh Al Capone, namun dia masih lagi terlepas daripada tindakan undang-undang. Ini kerana kelicikannya dalam mengatur strategi mengaburi pihak berkuasa.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon