Sunday, January 12, 2014

Top 5 Pen Paling Mahal Di Dunia!


"The pen is the tounge of the mind" petikan dari kata-kata pujangga. Tapi tahukah anda, ada beberapa batang pen diseluruh dunia yang dijual pada harga yang sangat mahal? Jom baca info dibawah.

Pen Limited Edition Boheme Papillon
USD230,410.00

Pen Limited Edition Boheme Papillon

Pen Limited Edition Boheme Papillon direka sebagai tanda rasa kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama. Pen ini di dijual pada harga USD230,410. Rekaan dan ukiran yang cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1,400 butir berlian dan sapphire.

Pen La Modernista Diamonds
USD265,000.00

Pen La Modernista Diamonds

Pen La Modernista Diamonds dijual pada harga USD265,000. Pen ini pernah mencatat rekod sebagai pen paling mahal pada tahun 2001 dan disenaraikan di dalam Guinness Book Of Records. Pen ini direka oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Switzerland, Caran D'ache. Pen ini berjaya dijual di sebuah lelongan.

Pen Caran d’Ache Gotica
USD406,453.00

Pen Caran d’Ache Gotica

Pen Caran d’Ache Gotica dibuat dari 892 butir berlian seberat 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie dan bernilai USD406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempena sambutan Ghotic art and architecture.

Pen Mystery Masterpiece
USD730,000.00

Pen Mystery Masterpiece

Pen Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai USD730,000. Kerjasama dua syarikat ini dengan gabungan tiga orang pakar berjaya menghasilkan pen dalam tiga edisi iaitu Emerald, Sapphires dan Rubies.

Pen Aurora Diamente Fountain
USD1,470,600.00

Pen Aurora Diamente Fountain

Pen Aurora Diamente Fountain, USD1,470,600 juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan pengeluar pen pertama di Itali. Pen ini bertahtah 30 karat berlian De Beers dan batang pen ini dibuat dari platinium.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon