Saturday, January 25, 2014

Tell No One, Permainan Kisah Seram Malaysia


Perhatian kepada peminat pemainan elektronik seram! Sebuah syarikat permainan elektronik Malaysia, Spacepup Entertainment dikatakan sedang dalam proses menghasilkan permainan yang berbeza daripada permainan seram yang biasa dihidangkan kepada kita.

Tell No One

Kebanyakan permainan seram yang dilancarkan di pasaran antarabangsa menggunakan elemen Barat seperti kiamat dan kejadian alam yang lain. Sebaliknya, permainan yang dikenali sebagai Tell No One, akan mengetengahkan konsep cerita seram Malaysia pada plot mereka.

Dalam permainan ini, anda akan mengikuti kisah seorang wartawan wanita yang melawat sebuah kampung terpencil untuk menjalankan siasatan berkenaan kejadian aneh yang berlaku di kampung tersebut.

(Baca: 10 Tablet Terbaik 2013)

Pada masa sama, beliau akan “terjumpa” beberapa entiti dari kisah seram popular Malaysia sepanjang siasatan tersebut.

Sama seperti mana-mana permainan seram lain, Tell No One menampilkan beberapa siri halangan teka-teki memandangkan para pemain tidak akan diberikan sebarang senjata.

Pengasas Spacepup Entertainment, Yuen Wai Leong berkata, Tell No One akan dilancarkan dalam beberapa siri episod menjelang hujung Februari ini melalui Steam untuk PC dan Mac. Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan harga untuk pengalaman seram Malaysia ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Tell No One, facebook.com/tellnooneapp.

Sumber: Lowyat

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon