Thursday, January 16, 2014

Selebriti Terkenal Yang Menjadi Inspirasi Lagu Hits


Di sebalik tiap lagu pasti ada kisah dan ceriteranya bukan? Kisah suka dan duka, putus cinta, hal ehwal politik semasa juga boleh dijadikan ilham dan inspirasi dalam sesebuah lagu. Itu sudah jadi perkara biasa bukan?

Namun apabila artis lain menjadikan seseorang artis atau figura tersohor sebagai inspirasi dalam sesebuah lagu, itu satu perkara yang menarik, dan bila lagu tersebut itu jadi hit, ia sudah jadi satu bonus. Jom lihat selebriti mana yang kena!

Miley Cyrus – "Wedding Bells"

Miley Cyrus – Wedding Bells

Sebaik saja Myley Cyrus mengumumkan pertunangannya dengan aktor kacak, Liam Hemsworth pada 2012, trio kegilaan remaja, Jonas Brothers kemudiannya menyanyikan sebuah lagu baru di salah sebuah konsert bertajuk, "Wedding Bells".

Lagu tersebut ditulis oleh bekas kekasih Miley, Nick Jonas. Antara bait-bait lirik yang menyingkap sedikit sebanyak kekecewaan pria tersebut berbunyi, "don't wanna hear the wedding bells prove, that we can try, one last time". Miley kemudiannya mengakui bahawa lagu tersebut sememangnya ditulis mengenai dirinya.

Jennifer Aniston – "Shadow Days"

Jennifer Aniston – Shadow Days

Sungguhpun hubungan cinta di antara mantan isteri Brad Pritt dan bekas kekasih Katy Perry ini cuma bertahan sekejap saja. Namun ia nyata meninggalkan kesan mendalam pada kasanova buruan wanita, John Mayer.

Publisis John Mayer memberitahu Us Weekly bahawa lagu tersebut dicipta khas untuk Jen sebagai lambang perpisahan/selamat tinggal.

Menurut sumber, John mengambil masa yang agak lama untuk melupakan Jen kerana dia benar-benar mencintai aktres tersebut.

John Mayer - "Dear John"

John Mayer - Dear John

Jika Jennifer Aniston menjadi sumber ilham kepada lagu John, lagu "Dear John" nyanyian penyanyi Country kesayangan ramai, Taylor Swift pula menjadikan lagu tersebut sebagai serangan peribadi buat John Mayer kerana telah menjadikannya 'koleksi' teman wanita dalam masa yang singkat saja atau dalam erti kata lain mempermainkannya.

Antara bait-bait lirik lagu tersebut berbunyi, "Don't you think I was too young to be messes with?" Taylor tidak mendedahkan kisah di sebalik lagu itu secara terbuka sebaliknya berdolak-dalih mengeluarkan kenyataan berunsur siapa makan cili dia terasa pedas.

Namun pada 2012, John menerusi Rolling Stone memberitahu bahawa dia yakin bahawa lagu ciptaan Taylor itu ditujukan padanya.

"Apa yang saya dapat katakan, sebagai seorang penulis lirik, lagu tersebut sangat murahan, ujar John."

Blue Ivy Carter – "Glory"

Blue Ivy Carter – Glory

Kehadiran Blue Ivy Carter, puteri sulung kepada pasangan Jay-Z dan Beyonce sememangnya memberi kebahagian berganda buat dua selebriti tersohor ini. Kerana keterujaan menyambut kehadiran sang anak, Jay-Z akhirnya meriliskan sebuah lagu bertajuk "Glory" khas untuk cahaya mata pertamanya itu.

Courtney Love – "Hollaback Girl"

Courtney Love – Hollaback Girl

Lagu solo megahit Gwen Stefani, "Hollaback Girl" diinspirasikan daripada kenyataan mantan isteri Kurt Cobain, Courtney Love yang agak sinis barangkali juga berupa pujian yang agak kasar terhadap Gwen kepada majalah Seventeen yang berbunyi, "Menjadi seorang yang terkenal sama seperti berada di sekolah tinggi dan saya tidak berminat untuk menjadi ketua pasukan sorak. Saya tidak berminat menjadi Gwen Stefani. Dia adalah ketua pasukan sorak dan saya sama sekali tidak mahu menjadi seperti itu."

Gwen walaubagaimanapun membalas dendam dengan cara yang sangat-sangat menguntungkan dirinya, iaitu dengan mencipta sebuah lagu hits yang sarat dengan tema sorakan dan mendominasi carta lagu seluruh dunia beberapa bulan kemudian.

Guy Ritchie – "Miles Away"

Guy Ritchie – Miles Away

Siapa tak sayang suami kan? Madonna pun tidak terkecuali. Sebagai menunjukkan rasa cintanya kepada kekasih yang kemudiannya menjadi suami (kini bekas suami) Guy Ritchie menghasilkan sebuah lagu berentak Blada-Elektro bertajuk "Miles Away".

'I guess we're at our best when we're miles away'. Lagu tersebut cukup menggambarkan betapa cinta jarak jauh bukan satu masalah bagi mereka dan mereka menjadi semakin intim walau berjauhan.

Namun tidak berapa lama selepas hidup menjadi pasangan suami isteri, mereka akhirnya bercerai. Ketika membuat persembahan di Boston, Madonna mendedikasikan 'to the emotionally retarded' kepada bekas suaminya itu.

Jennifer Love Hewitt – "Girl On TV"

Jennifer Love Hewitt – Girl On TV

Populariti aktres ini suatu ketika dulu barangkali sama terkenal seperti populariti Jennifer Lawrence pada masa ini (kecuali pencapaian anugerah sahaja yang menjadi jurang perbezaan). Dan disebabkan populariti sebagai 'awek paling hot di Hollywood' tidak hairanlah sekiranya dia menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki terkenal antaranya bekas vokalis kumpulan LFO, mendiang Rich Cronin. Ketika mereka masih hangat berpacaran, bintang "I Know What You Did Last Summer" ini menjadi inspirasi kepada lagu Pop nyanyian kumpulan tersebut, "Girl on TV" dan Jennifer juga muncul sebagai model klip video lagu tersebut.

Puteri Diana – "Candle in the Wind"

Puteri Diana – Candle in the Wind

Lagu balada penuh puitis ciptaan Elton John ini pada asalnya diinspirasikan daripada kematian tragic ikon layar perak, Marilyn Monroe namun lagu itu segera menjadi hits selepas puteri kesayangan dunia itu maut nahas jalan raya di terowong Pont de l'Alma, Paris pada Ogos 1997 malah Elton turut menyanyikan lagu tersebut sebagai dedikasi kasih kepada Puteri Diana yang juga merupakan rakan baiknya pada upacara pengebumian puteri tersebut.

Russell Brand – "Hummingbird Heartbeat"

Russell Brand – Hummingbird Heartbeat

Sebelum Katy Perry dan Russell Brand mengambil keputusan untuk mengakhiri rumah tangga mereka dengan peceraian, pasangan ini seperti juga pasangan kekasih lain saling dilamun cinta dan mereka secara terbuka bercerita bagaimana mereka saling memberi inspirasi di antara satu sama lain. Katy Perry turut menyatakan lagu "Hummingbird Heartbeat" 100% berkisarkan tentang Russell yang telah berjaya membuat dirinya angau dan hatinya sarat dengan perasaan cinta.

Elisa Cuthbert – "What Goes Around.../...Comes Around"

Elisa Cuthbert – What Goes Around...Comes Around

Jangan mula fikir bukan-bukan, Justin Timberlake dan heroin filem "My Sassy Girl", Elisa Cuthbert tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, tetapi aktres tersebut dikatakan menjadi sumber inspirasi kepada lagu hits Justin, "What Goes Around.../...Comes Around" yang berintipatikan tentang si penipu yang menipu namun akhirnya ditipu.

Elisa telah bertunang dengan rakan baik juga rakan kongsi perniagaan Justin, Trace Ayala namun hubungan mereka menjadi berantakan selepas salah seorang rakan baik Trace menjalinkan hubungan sulit dengan aktres tersebut. Kira kes, 'harapkan pagar, pagar makan padi'. -Tupai.com.my

BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon