Saturday, January 18, 2014

Pule, Keju Paling Mahal Di Dunia Berharga RM4,000 Sekilo!


Kita sedia maklum bahawa keju dihasilkan oleh susu lembu. Bayangkan jika keju diperbuat daripada susu keldai!

Pule Cheese

Jangan hairan mendengar keju yang pelik ini. Keju keldai benar-benar wujud dan dihasilkan di Serbia. Keju istimewa tersebut dikenali sebagai Pule.

Pule adalah keju putih yang rapuh dan dikatakan mempunyai rasa yang sama dengan keju Manchego Sepanyol tetapi dengan lebih rasa yang lebih kaya dan mendalam.

Ia dihasilkan daripada susu keldai di sebuah ladang menternak keldai di Zasavica, Serbia.

Proses untuk menghasilkan Pule agak rumit dan mengambil masa. Susu akan diperah dengan menggunakan tangan kerana tiada mesin komersial untuk memerah susu keldai.

Untuk menghasilkan satu kilogram Pule, sebanyak 25 liter susu keldai diperlukan. Seekor keldai hanya boleh mengeluarkan 1.2 liter susu sehari.

Pule Cheese at morning
Susu keldai diperah tiga kali sehari.

Disebabkan sukar untuk menghasilkan Pule dan ia tidak dihasilkan secara komersial, keju tersebut dijual pada harga 1,000 Euro sekilogram menjadikannya keju paling mahal di dunia.

Pengurus ladang, Slobodan Simic, memberitahu bahawa ladangnya adalah satu-satunya tempat di dunia dimana susu keldai diperah untuk dijadikan keju.

Tiada tempat lain di dunia yang menghasilkan Pule selain ladangnya kerana tidak banyak maklumat dan tiada orang akan membelinya kerana ia amat mahal.

(Baca: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!)

Susu keldai menghasilkan rasa yang unik dan sangat berkhasiat. Ia mempunyai 60 kali lebih banyak Vitamin C berbanding susu lembu dan mengandungi hanya satu peratus lemak. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-alergen.

Tambahnya lagi, susu keldai juga dikatakan adalah rahsia kecantikan ratu Mesir Purba, Cleopatra akan mandi setiap hari dalam susu keldai untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulitnya.

Khabarnya, 700 ekor keldai diperlukan untuk menyediakan kuantiti susu yang diperlukan untuk mandian hariannya.

Novak Djokovic Pule Cheese

Buat masa ini, peluang untuk mendapatkan Pule agak sukar kerana seseorang telah membeli hampir kesemua bekalan tersebut dan jangan terkejut bahawa individu tersebut ialah bintang tenis dunia, Novak Pule, Keju Paling Mahal Di Dunia Berharga RM4,000 Sekilo!yang berasal dari Serbia.
Lima Keju paling mahal di dunia;
  1. Pule, $1,000 Euro sekilogram
  2. White Stilton Gold, $700 Euro sekilogram
  3. Swedish Moose Cheese, $600 Euro sekilogram
  4. Bitto Storcio, $245 Euro sekilogram
  5. Caciocavallo Podolico, $70 Euro sekilogram
Djokovic yang akan membuka satu rangkaian restoran baru di Serbia mahu menjadikan Pule sebagai salah satu tarikan utama di rangkaian restorannya.

Untuk memastikan dia mempunyai bekalan yang mencukupi, dia telah membeli banyak keju istimewa yang dihasilkan di negara asalnya itu.

Simic yang sangat bangga dapat berurus niaga dengan bintang tenis tersebut bersetuju untuk menjual sebahagian besar bekalan Pule kepada Djokovic.

Selain itu, dia juga tidak perlu bimbang untuk mencari pelanggan dan terpaksa berurusan dengan banyak restoran kerana Djokovic telah membeli banyak bekalan Pule dari ladangnya.

Selain Pule, ladang Simic juga menghasilkan susu keldai dalam botol. Bukan sekadar itu, setelah membuat beberapa percubaan dan uji kaji, ladang tersebut kini menghasilkan sabun dan krim kosmetik berasaskan susu keldai.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon