Monday, January 06, 2014

"Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal"


Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Fitnah Riak Dalam Hati

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Riak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah.

Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Fitnah Riak Dalam Hati

Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata; “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia.”

Riak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara. Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim.

Kenapa riak dikatakan syirik? Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riak dianggap sebagai perbuatan syirik.

Ketahuilah bahawa riak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya.

Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Fitnah Riak Dalam Hati

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata.

Riak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian.

Antara contoh-contoh riyak adalah:
  • Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
  • Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
  • Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
  • Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Nabi Muhammad Saw berkata: "Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’".

Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadisnya yang mulia: "Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang solat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin dilihat orang maka itu adalah Riya’. (Hadis Riwayat Al Imam Ahmad).

Sepertimana firman Allah Ta'ala; "Maka Wail (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riak (menunjuk-nunjuk). Surah Al-Mauun Ayat 4.

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan Neraka Wail jika dia lalai daripada mengingat Allah apatah lagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir.

Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan.

Fitnah Riak Dalam Hati

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya.

Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa.

Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka.

Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.

Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik.

Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya: “Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura: Ayat 20.

BACA INI JUGA: Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Segitiga Bermuda

Sumber: Penaminangreturn.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon