Friday, January 24, 2014

Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an


Pada pertengahan tahun 1799, seorang anggota tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja telah menemui sebuah batu bersurat di bandar Rashid, berhampiran delta Sungai Nil.

Haman

Batu yang dikenali sebagai 'Rosetta' itu terbahagi kepada tiga bahagian dan pada setip bahagian tersebut, tertera tulisan aneh yang sukar untuk difahami.

Berdasarkan kepada penyelidikan yang dilakukan, para pengkaji percaya bahawa batu tersebut merupakan tinggalan sejarah dari tahun 196 Sebelum Masihi.

Nilai penting batu bersurat ini ialah, ia ditulis dalam tiga bentuk tulisan iaitu hiroglifik dan demotik (bentuk sederhana tulisan tangan Mesir Kuno dan bahasa Yunani kuno).

Sekalipun ahli sejarah pada masa itu dapat mengecam dan mengenali tulisan yang tertera pada batu berkenaan, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang dapat merungkai apa maksud sebenar di sebalik tulisan-tulisan ini.

Perkara ini berlaku disebabkan agama dan budaya Nasrani telah tersebar secara meluas di Mesir sekitar abad ke-2 dan ke-3 Masihi.

Kehadiran pengaruh baru ini telah menyebabkan rakyat Mesir telah meninggalkan kepercayaan kuno mereka beserta dengan tulisan hiroglifiknya sekali.

Bahasa gambar dan lambang telah dilupakan sehingga tidak ada seorang pun yang dapat membaca dan memahami apa yang tertera pada batu bersurat itu.

Pada tahun 1801, Perang Napoleon telah meletus di antara pihak British dan Perancis di Mesir. Kekalahan tentera Perancis telah menyebabkan pihak British telah mengambil batu bersurat itu dan dibawa ke London untuk dibuat kajian.

Pada tahun 1802, batu tersebut telah ditempatkan di Muzium British untuk tatapan umum.

Bermula dari itu, pelbagai pihak dari pelosok dunia telah menawarkan diri untuk membuat kajian mengenainya. Namun, terjemahan semula penulisan manuskrip kuno itu masih menemui jalan buntu kerana bukti artifak yang ditemui sangat minimun.

Selama beberapa dekad ia tersimpan di situ tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghuraikannya.

The Rosetta Stone
Batu Rosetta.

Sehinggalah pada tahun 1822, seorang pakar sejarah dan bahasa dari Perancis, Jean-Francois Champillion yang mempunyai kepakaran dalam budaya Yunani berjaya mengungkai satu persatu tulisan yang terdapat pada batu tersebut.

Ia terjemahan manuskrip itu adalah berkisar tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir Kuno yang selama ini terpendam.

Secara tidak langsung, terjemahan ini telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak-babak penting sejarah tamadun manusia zaman silam. Pendek kata, budaya dan sejarah tamadun Mesir Purba dapat difahami sedalam-dalamnya.

Isi kandungan batu bersurat tersebut antara lain turut memahat nama-nama penting dalam sejarah tamadun Mesir seperti Firaun, isteri serta anak-anaknya.

Dan, nama 'Haman' yang selama ini menjadi perdebatan turut terukir pada batu bersejarah ini.

Nama Haman disebutkan di dalam Al-Qur'an sebanyak enam kali. Antaranya ialah di dalam surah Al-Qashas, ayat 38. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan berkata Firaun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman akan tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa..." Surah Al-Qashas; ayat 38).

Berdasarkan ayat ini, Haman adalah sekutu rapat Firaun yang berkemungkinan turut menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Mesir sebagai menteri dan penasihat raja.

Dalam ayat di atas juga, kita turut difahamkan bahawa Haman telah diarahkan oleh rajanya untuk membina sebuah menara yang akan digunakan untuk bertemu dengan Tuhan Nabi Musa.

Dengan kata lain, watak Haman ini yang diceritakan dalam Al-Qur'an sebenarnya wujud pada zaman Nabi Musa dan pemerintahan dinasti Firaun.

Namun, apa yang mengejutkan ialah, nama tersebut langsung tidak disebut di dalam kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa sendiri. Akan tetapi, nama tersebut ada dinyatakan di dalam bahagian terakhir kitab perjanjian lama, yang mana lelaki ini dinyatakan sebagai pembantu kepada seorang pembesar Babylon.

Jean-Francois Champillion
Jean-Francois Champillion.

Haman di dalam kitab perjanjian lama ini dikisahkan hidup sekitar 1,100 tahun selepas kewafatan Nabi Musa.

Perihal nama Haman telah menjadi perdebatan yang hangat kepada golongan agamawan. Sebahagian penganut bukan Islam sekitar abad ke 15 telah menuduh fakta yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an tentang watak bernama Haman adalah sesuatu yang palsu.

Mereka menyatakan Nabi Muhammad telah menyalin kisah tersebut melalui kitab Injil dan tersilap memasukkan fakta mengenainya.

Namun, penemuan batu bersurat Rosetta pada penghujung kurun ke 18 telah mengesahkan segala-galanya.

Watak Haman, seperti yang dinyatakan Al-Qur'an ternyata mempunyai persamaan dengan apa yang tertulis pada manuskrip batu ini.

Secara tidak langsung, penemuan bersejarah itu telah mengesahkan apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an adalah sesuatu yang sahih lagi benar.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon