Wednesday, January 15, 2014

Kangkung Turun Harga Jadi Berita Antarabangsa!


Gara-gara isu kangkung, kini nama Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia, apabila portal berita antarabangsa BBC menyiarkan isu tersebut menerusi portal mereka pada pagi selasa.

Najib Kangkung Trending
Gambar hiasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.

Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.

(Baca: Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja)

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtube dan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page ’Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Najib Kangkung Trending [2]

Malah, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

Malaysia menjadi trending kerana sayur kangkung, perlu berbangga atau tidak ya? -Mynewshub



Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon