Tuesday, January 14, 2014

Jawapan Kepada Segala Pertanyaan!


Bila engkau bertanya, "Kenapa aku diuji?" Temanku bernama Al-Ankabut menjawab; "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Ayat 2).

Pertanyaan

Bila engkau bertanya, "Kenapa aku tidak diuji dengan hal-hal yang baik?" Temanku bernama Al-Baqarah menjawab; "...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (Ayat 216).

Bila engkau bertanya, "Mengapa aku diberi ujian seberat ini?" Temanku bernama Al-Baqarah menjawab; "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (Ayat 286).

Bila engkau bertanya; "Bolehkah aku berasa kecewa?" Temanku bernama Ali-Imran menjawab; "Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman" (Ayat 139).

Bila engkau bertanya, "Bolehkah aku berputus asa?". Temanku Yusuf menjawab; "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (Ayat 87).

Bila engkau bertanya; "Bagaimana menghadapi ujian yang diberi?" Temanku Ali-Imran menjawab; "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh) dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya" (Ayat 200).

Bila engkau bertanya, "Bagaimana menguatkan hatiku?". Temanku At-Taubah menjawab; "...Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia dan kepadaNya aku berserah diri..." (Ayat 129).

Bila engkau bertanya, "Apa yang aku dapat dari ujian ini?" Temanku At-Taubah juga menjawab; "Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah..." (Ayat 111).

Apa lagi yang hendak engkau tanyakan?

Carilah jawapan yang engkau kehendaki daripada AKU.. Al-Qur'an..

BACA INI JUGA: Teori Evolusi Darwin, Penipuan Ilmiah Paling Tersohor Dalam Sejarah

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon