Saturday, January 04, 2014

Cukai Naik Beratus Peratus Di Selangor, Siapa Yang Peduli?!


Para penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini sibuk mencanangkan ke sana sini menerusi pelbagai jenis media terutama sekali Internet agar rakyat berhimpun pada tengah malam 31 Disember 2013 yang lalu di Dataran Merdeka untuk memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa peningkatan harga dan tarif, amat menyeksakan.

Cukai Naik Beratus Peratus Di Selangor

Bukan itu sahaja, para penyokong Pakatan Rakyat juga tanpa berselindung telah melabelkan Kerajaan UMNO-BN sebagai kerajaan yang zalim kerana menaikkan cukai, tol, GST, ASTRO dan tarif elektrik serta tambang LRT dan tambang bas sekolah.

Cukai yang diperkatakan adalah kenaikan sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus oleh DBKL ke atas hartanah di dalam radian 36 kilometer Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenaikan tersebut telah digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu kekejaman dan menyebabkan sebahagian daripada orang Cina di Kuala Lumpur menyerbu Ibu Pejabat DBKL di Jalan Raja Laut dan mendesak agar Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan.

Tidak cukup dengan itu, Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari DAP dan PKR, dalam pertemuan dengan DBKL dan Menteri Wilayah, turut mempersalahkan kerajaan kerana ‘kekejaman’ berkenaan.

Cukai Naik Beratus Peratus Di Selangor

Namun, pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengenakan UMNO dan Barisan Nasional, langsung tidak menyebut, menyentuh apatah lagi menentang kenaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di negeri tersebut.

Berita tentang kenaikan yang melambung beratus peratus itu juga tidak diuar-uarkan.

Layanan double standard yang ditunjukkan oleh para pemimpn Pakatan Rakyat dan bala tentera mereka seolah-olah cuba mengaburi kepincangan yang sedang berlaku di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka.

(Baca: ‘Teori porak-peranda’ Untuk Menimbulkan Kekecohan)

Mereka lebih nampak tentang kenaikan yang dikaitkan dengan pengumuman Kerajaan Pusat, tetapi menutup mata dan memekakkan telinga, tidak sahaja mata dan telinga sendiri, bahkan para penyokong dan rakyat Selangor keseluruhannya, akibat daripada kenaikan melampau dan tidak masuk akal yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Kenaikan bayaran lesen perniagaan menjangkau 300% mengikut keluasan, merupakan antara faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Selangor.

Pakatan Rakyat awal-awal lagi telah bersedia dengan jawapan standard mereka iaitu, semua kenaikan dilakukan oleh UMNO dan bukannya disebabkan oleh faktor peningkatan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Begitu juga dengan kenaikan cukai dan premium tanah. Cukai ini juga akan mendorong peningkatan harga memandangkan para peniaga terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk premis.

Cukai Naik Beratus Peratus Di Selangor

Secara tidak langsung, penambahan kos tersebut akan dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna.

Mengapa agaknya Pakatan Rakyat langsung tidak nampak perkara ini? Mengapa agaknya mereka tidak peduli dengan kenaikan beratus peratus di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tetapi lebih sibukkan kenaikan 10%-35% sehinggakan mereka cuba menggambarkan bahawa kenaikan berkenaan akan menyebabkan rakyat Malaysia mati kebuluran?

Lebih menarik lagi, kelompok dari Barisan Nasional dan UMNO sendiri lebih sibukkan kenaikan harga dan tarif yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tidak mengendahkan kenaikan yang melibatkan Pakatan Rakyat?

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon