Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Thaipusam disambut di semua kuil dewa berkenaan di seluruh dunia pada tarikh yang ditentukan mengikut kalendar Hindu.
Ramai yang menganggap sambutan Thaipusam sebagai menandakan tarikh kelahiran Murugan yang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Subramaniam, Velan, Kanthan dan Saravanan.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Apabila seorang penganut agama Hindu bernazar, dia akan berpuasa selama 48 hari. Konsep “puasa” dalam agama Hindu berbeza dengan apa yang kita ketahui dalam agama Islam.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.
Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu, pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu, berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan.
Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Sebenarnya, ada kisah dalam purana mengenai asal-usul sambutan Thaipusam. Menurut cerita, golongan asura yang diketuai Surapadman mula memerangi golongan dewa di kayangan.
Maka, para dewa meminta bantuan daripada Shiva. Perlu dinyatakan bahawa terdapat enam mazhab dalam agama Hindu yang menyembah Tuhan dalam bentuk Shiva, Shakti, Ganapathi, Murugan, Surya Narayanan dan Mahavishnu.
Bagaimanapun, berlaku interaksi antara keenam-enam mazhab ini. Malah, sambutan Thaipusam yang khusus bagi penganut mazhab yang menyembah Murugan juga boleh disambut penganut mazhab-mazhab lain tanpa sebarang halangan.
Berbalik pada kisah purana tadi, Shiva menggunakan kuasa yang ada untuk “mencipta” Murugan. Kemudian, Shakti yang merupakan pasangan kepada Shiva menghadiahkan “vel” iaitu senjata khas yang bakal digunakan untuk menghapuskan Surapadman.
Maka, tarikh penyerahan kuasa dalam bentuk vel itulah yang disambut sebagai Thaipusam. Itulah juga sebabnya laungan “Vel! Vel!” paling utama semasa sambutan Thaipusam.
Setiap kali sambutan Thaipusam, akan ada perarakan rata (chariot) dari kuil Mariamman ke kuil Murugan.
Apa yang berlaku adalah simbolik pada peristiwa Sakthi (Parvathi, Mariamman) menyerahkan vel kepada puteranya, Murugan, untuk menghapuskan Surapadman.
BACA INI JUGA: Deepavali, Diwali Dan Pesta Cahaya
Sumber: wikipedia

Patung Dewa Murugan.

Upacara Kavadi.

Shiva.