Adakah anda terasa jijik bila melihat tetamu sebuah majlis menggunakan tangan membelek makanan yang disediakan di dalam satu bekas, hanya untuk meletakkannya semula dan mengambil yang lain?.
Adakah anda merasa tidak selesa jika ada rakan sepejabat mencelah perbualan anda dengan seseorang, bertanyakan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang dicakapkan?
Di pejabat yang lain, seorang petugas dilihat bercakap dengan pegawai atasannya dengan kedua-dua belah tangan di dalam saku seluarnya.
Ini antara beberapa senario yang menunjukkan kelakuan tidak sopan dan tidak menghormati orang lain yang diamalkan sebahagian anggota masyarakat.
Pekerti
Menurut kamus, takrif budi pekerti adalah tindakan yang berkait rapat dengan kelakuan atau perangai. Ia juga merujuk kepada kelakuan atau perangai sopan yang sepatutnya dilakukan bila bersama orang lain dalam masyarakat.
Pekerti juga dikenali juga sebagai 'etiket'.
Menurut aktivis sosial Fatimah Mansur, etiket bersangkut-paut dengan cara suatu perbuatan sepatutnya dilakukan manusia di hadapan individu lain.
"Contohnya ketika kita memberikan sesuatu kepada orang lain, kita harus menggunakan tangan kanan," katanya sambil menambah kata, etiket berbeza dengan etika.
"Etika merujuk kepada perkara yang anda tidak patut lakukan."
Etiket pula penting diamalkan dalam pergaulan masyarakat, kata Fatimah.
"Contohnya pada tata cara makan yang sopan, dianggap melanggar etiket ketika kita makan sambil berbual dengan mulut yang penuh atau mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi jika sedang makan bersama orang lain," jelas beliau.
Katanya etiket bersifat relatif. Etiket juga benda yang dianggap tidak sopan dalam suatu kebudayaan, contohnya bersendawa atau kentut semasa makan.
Jelas beliau, kelakuan baik meliputi tindak-tanduk hormat kepada orang lain.
"Tidak kira kenal atau tidak, kita perlu layan orang lain sama rata.
"Kelakuan baik akan menunjukkan anda menghormati orang lain dan mahukan mereka rasa selesa bila bersama anda. Bila kita abaikan kesopanan, orang akan rasa tidak selesa dan tidak mahu bersama kita".
Kenapa jadi begini?
Katanya tiada siapa yang suka berada berhampiran dengan mereka yang berkelakuan kasar atau tidak senonoh kerana khuatir akan dimalukan.
"Kita sepatutnya cuba elakkan daripada memberi aib kepada orang, jangan sakiti perasaan mereka kerana tiada siapa yang suka dilayan kasar," kata beliau.
Pekerti Baik Adalah Sopan Santun
Menurut Fatimah, budi pekerti yang baik adalah sifat yang sopan santun.
"Berkelakuan sopan bermakna orang lain tidak akan tersinggung. Bila seseorang itu bertindak tidak sopan, dia gagal berkelakuan menurut etiket dan akan membuat orang lain mengatakan dia tiada budi bahasa.
"Berkelakuan sopan memberitahu orang lain yang anda menghormati mereka dan anda mahukan mereka rasa selesa.
"Bila kita abaikan kesopanan, orang akan menjauhi kita kerana mereka tidak mahu berada dalam situasi yang boleh menjadi keruh," Fatimah memberi pendapat beliau.
Adat Sosial
Seorang lagi aktivis sosial Gurmukh Singh menjelaskan bahawa kelakuan baik serta adab sosial adalah penting bagi masyarakat.
Katanya terdapat tiga faktor yang membentuk budi pekerti baik iaitu pertimbangan, fikiran logik dan adat.
"Pertimbangan adalah faktor utama kelakuan baik, selalunya individu yang punya pertimbangan memang menunjukkan kelakuan baik," kata Gurmukh Singh.
Pertimbangan mengambil kira apa yang orang lain rasa. Juga setiap kelakuan baik punya komponen pemikiran logik.
Katanya adab dan budaya adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat seperti berjabat tangan, menyapa dan memberi salam.
Apa itu hormat?
Kata Gurmukh Singh, hormat adalah perasaan menghargai apa yang dibuat diri sendiri atau orang lain.
"Ia merangkumi hormat pada diri sendiri, hormat pada orang lain. Perasaan hormat akan menjauhi kita daripada melakukan apa yang boleh merosakkan atau menjahanamkan perkara yang dihargai.
"Layanilah orang lain seperti mana anda mahu diri sendiri dilayani".
Katanya memang menjadi kewajipan bagi seseorang itu melayani orang lain dengan penuh hormat.
"Ini menunjukkan anda beri pertimbangan pada orang lain termasuk kepada mereka yang lebih dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, adik-beradik dan anggota keluarga.
Ini juga termasuk menghormati idea, kepercayaan agama orang lain, mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
Kata Gurmukh Singh, budi pekerti merupakan jambatan penghubung antara budaya dan gaya hidup.
"Kita juga perlu memahami protokol budaya lain," tambah beliau.
BACA INI JUGA:
Sumber: Bernama