Thursday, January 23, 2014

55,000 Gambar Bukti Kekejaman Tentera Syria!


Sebanyak 55,000 gambar yang diseludup keluar oleh seorang anggota tentera Syria yang belot menjadi bukti jelas kerajaan negara itu menyeksa dan membunuh 11,000 tahanan, kata sekumpulan peguam jenayah perang, lapor agensi berita dpa kelmarin.

Syria crisis

Tiga bekas pendakwa raya di tribunal untuk bekas Yugoslavia dan Sierra Leone meneliti gambar-gambar dan fail yang diserahkan oleh seorang bekas anggota polis tentera Syria.

Mereka berkata, gambar berkenaan menunjukkan bukti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan regim Presiden Bashar Al-Assad.

Gambar berkenaan memaparkan imej-imej mayat tahanan lelaki dengan kesan jerutan di leher, dipukul dengan kejam dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dengan kejutan elektrik selain kebuluran.

Laporan itu dikeluarkan menjelang persidangan keamanan Geneva II yang bertujuan mencari satu penyelesaian politik untuk konflik di Syria yang telah berlanjutan selama tiga tahun.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Gambar itu sangat penting kerana ia merupakan bukti penting yang menunjukkan pembunuhan ini adalah dirancang secara sistematik dan arahannya datang terus dari pihak atasan,'' kata kumpulan itu.

Menurut kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia sekurang-kurangnya seramai 130,000 orang terkorban pada perang saudara itu yang berlaku sejak Mac 2011.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu meletakkan angka korban kematian dalam perang itu adalah seramai 100,000 orang. -dpa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon