Thursday, December 19, 2013

WANTED! Gambar Wajah Suspek Anggota TLDM Bunuh Rakan!


Tersebar di blog-blog ketika ini, wajah suspek yang didakwa membelasah hingga mati rakan anggota TLDM, LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN yang berasal dari Tenom, Sabah.

Gambar+Pembunuh+ASRUP+RAIDIN

Menurut blog ADC, wajah suspek ini dikirim ke dalam email oleh pembaca blog beliau namun identiti pengirim terpaksa dirahsiakan.

Awal minggu ini, seorang anggota TLDM dilaporkan telah mati lemas ketika menjalani latihan.

Namun, laporan itu disangkal dengan penyebaran gambar muka anggota TLDM tersebut yang seakan-akan teruk dibelasah.

Gambar+Pembunuh+ASRUP+RAIDIN

Muka mangsa lebam dan terdapat kesan dicucuh dengan puntung rokok.

(Baca: Anggota TLDM Dari Sabah Mati Di Bunuh Ketika Latihan?!)

Mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, kes mati lemas meragukan dan seolah-olah terdapat konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup cerita sebenar.

Sejurus tersebarnya gambar itu, Pihak TLDM telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah:

Gambar+Pembunuh+ASRUP+RAIDIN

Dengan pendedahan oleh blog ADC mengenai suspek yang membunuh Asruf itu dapat memudahkan lagi siasatan oleh pihak TLDM.

Orang ramai berharap siasatan telus dilakukan dan keadilan dapat ditegakkan segera!

Sumber: Nescafeais.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon