Ada seorang pemuda Inggeris bertanya perihal wanita Islam kepada seorang ulama. Begini perbualannya..
Pemuda, "Saya mahu bertanya, kenapa Islam tidak membenarkan wanitanya berjabat tangan dengan lelaki?"
Ulama menjawab, "Sebelum saya menjawab, saya ingin bertanya kepadamu. Bolehkah engkau berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?"
Pemuda itu menjawab, "Sudah tentu tidak boleh! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh berjabat tangan dengan ratu."
Ulama itu berkata, "Begitu juga dengan wanita-wanita kaum Muslimin. Mereka adalah ratu dan tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan yang bukan mahramnya."
Pemuda itu bertanya lagi, "Saya hendak tahu lagi. Kenapa wanita Islam perlu menutup rambut dan tubuh mereka?"
Ulama itu tidak segera menjawab, sebaliknya dia mengeluarkan dua biji gula-gula. Yang satu dibuka pembalutnya, manakala yang satu masih tetap berbalut. Dia kemudiannya meletakkannya di atas lantai.
"Jika saya meminta engkau memilih salah satu daripada gula-gula ini sekarang, yang mana satu yang akan engkau pilih", kata ulama itu.
Pemuda itu berkata, "Sudah tentu yang masih berbalut."
Ulama itu kemudiannya berkata, "Maka itulah jawapan untuk soalan kamu tadi. Begitulah cara kami, umat Islam, melihat wanita-wanita kami. Mereka sentiasa bersih daripada kekotoran."
Ingatlah wahai kaum wanita. Apabila anda berpakaian seksi lagi menjolok mata. Itu hanya akan merangsang nafsu seks lelaki dan memandang anda hanya sebagai objek pemuas nafsu.
Lelaki, apabila memilih pasangan hidup, se'nakal' manapun dia, tetap akan berusaha memilih wanita yang 'bersih' dan suci sebagai pasangan hidup walau apa pun anutan agama dan kepercayaan mereka.
BACA INI JUGA: Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.