Setelah pemeriksaan dijalankan, punca kemalangan yang meragut nyawa pelakon filem The Fast and the Furious, Paul Walker dipercayai kerana dia dan rakannya memandu kereta dengan laju pada saat kejadian untuk mengenalpasti masalah pada kereta tersebut.
Seorang saksi melaporkan kepada The Hollywood Reporter, Porsche Carrera GT 2005 yang dimiliki Paul mengalami masalah teknikal iaitu kadangkala enjin terhenti serta merta.
Justeru dia dan rakannya cuba mengamati masalah sebenar dengan memandu laju.
Sesetengah pihak menjangka, masalah teknikal yang dihadapi Porsche berkenaan hingga menjurus kepada kemalangan adalah kebocoran pada minyak ‘power’ stereng.
Menurut NY Post, kekurangan kesan geseran tayar sebelum lokasi pelanggaran turut mencadangkan bahawa ketika kejadian pemandu kereta tidak mempunyai kawalan terhadap kelajuan stereng kereta.
Dalam pada itu, rakan Paul yang memandu kereta ketika nahas dikenalpasti sebagai bekas pemandu kereta lumba, Roger Rodas.
Paul dan Rodas berkenalan selepas mereka sama-sama terlibat dalam beberapa perlumbaan kereta. Selepas hubungan mereka menjadi kian rapat, Rodas kemudiannya menjadi rakan niaga dan penasihat kewangan Paul pada 2007.
Rodas, 38, juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Always Evolving, kedai ubahsuai kereta yang merupakan lokasi di mana acara kebajikan yang dihadiri mereka berdua berlangsung Sabtu lalu.
Sejurus selepas majlis berakhir, mereka berdua menaiki Porsche terbabit seterusnya terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua mereka.
Di bawah pula, video yang dirakamkan orang awam yang berhenti di lokasi nahas pada hari kejadian. Menerusi perbualan dalam video ini dapat didengar anggota polis memberitahu pihak yang merakam, kereta tinggal separuh jadi mereka tidak dapat mengenalpasti mangsa kemalangan.
Begitu pun dia mengesahkan terdapat orang di dalam kereta yang sedang terbakar itu.
Rakaman ini menyentuh hati kebanyakan peminat Paul kerana dapat dibayangkan, betapa dahsyatnya nahas yang dilalui pelakon tersebut.
Sumber: Mynewshub