Sunday, December 01, 2013

Rahsia Disebalik Keperihatinan Terhadap Siti Aishah


Portal pro-pembangkang Malaysia Insider (TMI) begitu ‘kecoh’ dengan laporannya berhubung isu seorang rakyat Malaysia yang tidak pulang sejak 30 tahun lalu.

Siti Aishah Abdul Wahab

Malah, melalui pemerhatian yang dilakukan, ‘keprihatinan’ mereka begitu terserlah melalui beberapa siri artikel yang dikatakan ‘eksklusif’ untuk tatapan pembaca setia.

Paling menarik kisah Aishah ini turut mendapat perhatian dan pembelaan dari seorang penyokong tegar pakatan pembangkang, Hishamuddin Rais.

Namun di sebalik kisah Aishah ini, rupanya terdapat satu lagi cerita yang tidak kurang menariknya untuk dikongsikan bersama.

Akhbar Britain sebelum ini melaporkan, 3 orang wanita yang yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain telah berjaya dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Salah seorang daripadanya dikatakan seorang warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Aishah. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian,30 tahun.

Tidak lama selepas pembebasan itu, seorang rakyat Malaysia tampil membuat kenyataan bahawa Aishah yang dimaksudkan itu adalah merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Menurut keluarganya lagi, kerajaan Malaysia yang mengikuti perkembangan politik wanita itu di London pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Kenyataan tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan Aishah adalah merupakan individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an.

Beliau berkata, polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ‘gerakan menyelamatkan’ Aishah ini turut disertai oleh Hisahmuddin Rais yang memang terkenal sebagai salah seorang penganut fahaman sosialis, sebuah ideologi yang mirip dan menyerupai fahaman komunis.

Tidak cukup dengan itu, portal Meloyakini turut memberikan satu ruangan eksklusif kepada semua tulisan dan pandangan Hishamuddin Rais yang dikatakan telah berjaya memberi pengaruh besar terhadap perjuangan reformasi khususnya anak-anak muda.

Apakah ia bertujuan untuk mempromosikan idea perjuangan komunis atau hanya sekadar memaparkan coretan dan nukilannya?

Mungkin akan ada yang mengatakan sosialis dan komunis adalah merupakan ideologi yang berbeza dan tidak boleh disamakan. Namun sekiranya kita teliti sejarah, ia sebenarnya tiada bezanya.

Malah ia turut diakui sendiri oleh para pemimpin pembangkang. Contohnya Parti Sosialis Malaysia (yang merupakan parti yang menyokong pakatan pembangkang) sebelum ini pernah dikaitkan dengan komunis dan bertegas tidak akan menanggalkan gambar pejuang revolusi komunis, Karl Marx daripada mana-mana pejabat dan markas parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar berkata, kenyataan yang melabelkan Marx sebagai ‘syaitan’ merupakan satu tuduhan liar. Sedangkan semua mengetahui pemimpin yang dijadikan sebagai idola itu merupakan pejuang fahaman komunis.

Malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ketika kempen pilihanraya umum yang lalu pernah mendedahkan kenapa parti itu terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penyelamat bagi memastikan tiada ‘syaitan’ menyerap masuk dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Abdul Hadi turut menyatakan parti itu cuma bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja tetapi tidak dengan calon parti lain yang menjulang gambar Marx serta Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.

Bukankah ia sudah cukup untuk mengaitkan sosialis dengan komunis. Ini kerana sekiranya hujah yang diberikan datangnya dari pemimpin UMNO, sudah pasti mereka mendakwa ia sebagai gerakan propaganda untuk melemahkan pakatan.

Berbalik kepada isu tadi, persoalannya ialah mengapakah portal pro pembangkang dan Hishamuddin begitu berminat untuk‘menyelamatkan’ Aishah?

Adakah kerana dia seorang warganegara Malaysia atau kerana dia seorang penyokong komunis?

Sedangkan sebelum ini, ramai lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa di negara luar seperti terjebak sindiket ‘keldai dadah’, pelacuran malah ada yang dilarikan ke Lombok.

Mengapa semua mereka ini tidak diberikan perhatian yang khusus?

Tetapi apabila ada isu yang melibatkan komunis, syiah, liberal dan semua ideologi yang berhaluan kiri, mereka kelihatan begitu beria-ria memberikan perhatian.

Bukanlah niat untuk menuduh mereka menyokong fahaman kiri seperti komunis, namun tindakan mereka itu begitu diragui sehingga menimbulkan persepsi sedemikian.

APA KATA ANDA? RENUNG-RENUNGKAN..

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon