Thursday, December 05, 2013

Panas! Suami Daphne Iking Pakai Rantai Salib?


Jika sebelum ini pelakon Jehan Miskin pernah menggemparkan peminatnya dengan rantai seakan berbentuk salib, kali ini suami kepada Daphne Iking, Azmi pula dituduh sedemikian.

Ini semua gara-gara rantai yang dipakainya sewaktu menemani isterinya di sebuah majlis.

SALIB DI LEHER SUAMI DAPHNE IKING

Banyak peminat mengandaikan rantai yang dipakai Azmi merupakan rantai berbentuk salib namun Daphne menjelaskan rantai itu sebenarnya adalah berbentuk pedang, bukan salib seperti yang difikirkan banyak pihak.

Di sini disertakan gambar rantai itu dan anda nilaikanlah sendiri.

Rasanya lebih manis kalau lelaki Muslim tidak mengenakan sebarang perhiasan yang menyerupai kaum wanita.

Itu lebih baik daripada menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik kepada diri anda sendiri.

BUKAN SALIB

Ternyata gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram Daphne Iking ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan para pengikutnya.

Ramai yang menegur dan melahirkan rasa kecewa kerana suami Daphne tidak peka dengan status dirinya sebagai seorang beragama Islam.

Namun kontroversi itu ditamatkan menerusi penerangan Daphne menerusi gambar dengan caption, "Kenneth and Denise! We must do this more often. For those who have commented on my last few posts, @joelebosi's pendant is a sword. And yes. As sharp as his tongue."

Semoga semua orang yang tertanya-tanya berpuas hati selepas membaca penerangan daripada Daphne Iking. Nak lagi senang lepas ini tak payah pakai rantai apa-apa dah. Terus tak ada kontroversi langsung.

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. lelaki mmg tdk dibenarkan memakai perhiasan seperti wanita . walaupun pedang , tapi bentuk tetap sama dengan palang salib ...

    ReplyDelete
  2. Hairan betullah dengan kejahilan artis-artis Malaysia ni.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon