Monday, December 09, 2013

Kenapa Warga Malaysia Kemaruk Gelaran Haji?


Suatu ketika di suatu bicara musafir ilmu si anak muda. Pemuda belajar tentang rukun haji. Bagaimana kiranya jika diseru nanti.


“Boleh saya tanya sesuatu?”, tanya pemuda itu.

“Boleh, silakan saja..”, balas Pak Khir.

“Kenapa pak cik tidak mahu dipanggil tuan haji?”, tanya pemuda itu.

“Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji?”, Pak Khir menjawap dengan persoalan.

“Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah?”, tanya pemuda itu.

“Dekat tempat saya macam itu…”, sambung pemuda itu.

Pak Khir tersenyum, “Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu”.

Pemuda senyum kelat. Dahinya sedikit berkerut. “Kenapa pak cik tak mahu?”, tanyanya semula sambil merenung wajah Pak Khir.

“Apa perlunya gelaran haji. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat…”, terang Pak Khir.

“Kalau nak juga gelar haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat. Yang puasa pula, Tuan Puasa Ali…begitu ke?”, tanya Pak Khir.

“Tidak pula pak cik”, jawap pemuda.

“Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?”, soal Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar para sahabat nabi haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar ulama-ulama dahulu haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mula faham.

“Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?”, soal pemuda lagi.

“Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu…”, Pak Khir tenang bertutur.

Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan.

Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa.

Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?

P/s: Entri ini bukan mempersoal atau menyinggung sesiapa, terutama mereka yang bergelar haji dan hajjah. Tetapi tidak salah untuk kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak…

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?

[Sumber]

2 comments

  1. Replies
    1. Takut dengan gelaran haji/hajah timbul riak dalam amalan umat Islam.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon