Thursday, December 26, 2013

Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri


Carrie Fisher sebagai Princess Leia dalam "Star Wars", Sean Connery sebagai watak titular "James Bond", dan Christopher Reeves sebagai Superman.

Princess Leia in Star Wars

Mereka menjadi popular melalui karakter ikonik yang mereka lakonkan. Senang kata, karakter tersebutlah yang menaikkan nama mereka di persada antarabangsa.

Tapi jangan sangka hanya kerana karakter tersebut menjadikan mereka nama besar, itu bermakna para pelakon di bawah ini suka dengan watak tersebut.

Kate Winslet sebagai Rose DeWitt-Bukater ("Titanic", 1997)

Kate Winslet as Rose DeWitt-Bukater Titanic, 1997

Sekalipun dia banyak memenangi anugerah hanya selepas beberapa tahun menjadi pelakon, filem "Titanic" yang telah menaikkan lagi nama pelakon British ini ke persada antarabangsa. Melalui lakonannya sebagai si aristokrat Rose, Winslet menerima banyak tawaran lakonan dari Hollywood selepas itu.

Namun begitu, Winslet tidak menyukai lakonannya dalam "Titanic". Dia membenci setiap babak yang dilakonkannya, dia tidak suka loghat Amerikanya dan seringkali berkata yang dia ingin melakukannya sekali lagi untuk memberikan persembahan yang lebih baik.

Selain itu, Winslet juga sudah bosan dengan lagu tema "Titanic", "My Heart Will Go On" nyanyian Celine Dion!

Robert Pattinson sebagai Edward Cullen ("The Twilight Saga", 2008-2012)

Robert Pattinson as Edward Cullen The Twilight Saga, 2008-2012

Dia mungkin menjadi kegilaan ramai wanita dan gadis remaja sebagai pontianak kacak lagi misteri, Edward Cullen dalam francais adaptasi "Twilight" karya Stephenie Meyer ini. Tapi itu tidak bermakna Pattinson menyukai watak Edward mahupun novel asalnya.

Dalam beberapa temuramah media, Pattinson dilaporkan berkata yang dia tidak fikir novel tersebut patut diterbitkan. Dia menganggap Edward karakter yang agak menjelekkan, dan penulisnya Meyer jelas sekali terlalu obses dengan watak ciptaannya itu.

Malah katanya, sangat mudah untuk melakonkan watak Edward, "Saya hanya perlu buat muka khayal dan gabungkan dengan ekspresi sembelit!"

Berkenaan hubungan antara Bella dan Edward pula, Pattinson berkata, "Jelas sekali ada yang tak kena dengan Bella dan ada yang tak kena dengan Edward."

Jack Lloyd sebagai Anakin Skywalker ("Star Wars Ep. 1: The Phantom Menace", 1999)

Jack Lloyd as Anakin Skywalker Star Wars Ep. 1 - The Phantom Menace, 1999

Jack Lloyd amat bencikan popularitinya sebagai Anakin Skywalker sehingga dia tidak lagi rasakan keseronokan berlakon.

Pada awalnya dia menjadi tumpuan umum apabila dipilih oleh George Lucas untuk melakonkan watak Anakin Skywalker, ketika dia hanya berusia lapan tahun.

Namun begitu, semuanya jadi haru-biru apabila "Star Wars Episode I" menerima kritikan hebat dan dianggap sebagai filem "Star Wars" yang paling tidak menarik.

Disebabkan itu, Lloyd menjadi mangsa kutukan ramai. Jelasnya, disebabkan kegagalan "Star Wars Episode I" untuk menandingi kehebatan filem-filem awalnya, dia menjadi bahan ejekan di sekolah.

Jelas Lloyd, "Budak-budak lain kejam pada saya. Setiap kali saya lalu depan mereka, mereka akan buat bunyi light saber dan memperlekehkan saya. Dalam masa yang sama, saya terpaksa pula menghadiri lebih kurang 60 temuramah dalam sehari untuk aktiviti promosi!"

Christian Bale sebagai Jack Kelly ("Newsies", 1992)

Christian Bale as Jack Kelly Newsies, 1992

Dia mungkin popular dengan filem-filem seperti "The Prestige" dan "Predators", dan dipuji untuk lakonan dalam "American Psycho" dan trilogi "Dark Knight" Christopher Nolan, tapi semuanya bermula dengan filem muzikal "Newsies".

Ya, filem itu mungkin tidak laris ketika ia ditayangkan di pawagam, tapi dalam masa yang sama, Bale menjadi pelakon idaman ramai gadis-gadis remaja untuk lakonannya sebagai Jack "Cowboy" Kelly.

Malangnya, Bale sendiri cukup benci dengan semua yang berkaitan "Newsies".

Mengapa? Kata Bale, "Pada usia 17 tahun, anda mahu menjadi pelakon serius dan berlakon dalam filem-filem serius, bukan filem muzikal. Mujur saya berjaya mengharunginya, sekalipun agak lama untuk itu berlaku!"

Christopher Plummer sebagai Captain von Trapp ("The Sound of Music", 1965)

Christopher Plummer as Captain von Trapp The Sound of Music, 1965

"Hamlet at Elsinore", "Little Moon of Alban", "Cyrano de Bergerac", "Murder by Decree". Ini contoh-contoh filem hebat yang mana Plummer ingin jadikan sebagai sumber rujukan apabila orang menyebut namanya.

Tapi dia lebih dikenali di seluruh dunia melalui watak Kapten von Trapp, seorang kapten tentera laut Austria merangkap duda tujuh orang anak yang mengupah seorang postulant gereja bernama Maria untuk mengasuh anak-anaknya.

Filem tersebut kemudiannya menjadi antara filem muzikal terlaris di dunia dan menaikkan lagi nama Plummer dan Julie Andrews.

Plummer cukup benci dikaitkan dengan filem tersebut. Sekalipun dia memang ingin melibatkan diri dalam filem muzikal, dia tidak suka dengan watak Kapten von Trapp yang dianggap terlalu membosankan.

Malah kata Plummer, "Kapten von Trapp terlalu membosankan sehinggakan usaha untuk menjadikan watak itu lebih menarik sama saja seperti menyebat kuda yang dah mati!"

Malah Plummer mengkritik "The Sound of Music" sebagai filem yang teruk dan sentimental.

Dia menggelarnya "The Sound of Mucus" dan "S&M", dan enggan menghadiri kebanyakan pertemuan semula barisan pelakon filem tersebut yang seringkali diadakan pada hari ulangtahun penayangannya.

BACA INI JUGA: Selebriti-selebriti Terkenal Yang Meninggal Sebelum Tamat Penggambaran

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon