Saturday, December 21, 2013

10 Terowong Pohon Kayu Paling Indah Di Dunia


Pokok merupakan organisme yang paling lama bertahan lama di muka bumi. Pokok sememangnya memiliki fungsi yang sangat besar kepada dunia, termasuklah memberi warna-warna yang indah pada suasana di sekitarnya.

Pohon kayu juga mampu mencipta pemandangan yang sangat indah. Jadi, kali ini anda akan dihidangkan mengenai 10 Terowong Pohon Kayu Paling Indah Di Dunia yang dicipta dari rimbunan pohon kayu.

Terowong Bunga Wisteria
Jepun

Terowong Bunga Wisteria

Selepas sahaja musim bunga Cherry Blossom berakhir, bunga Wisteria yang sangat cantik dan menyerupai tanaman anggur menjadi pengganti musim bunga Jepun.

Festival Fuji Matsuri atau festival Wisteria dirayakan setiap musim di Tokyo, bertempat di kawasan Shizuoka dan Okazaki.

Terowong Pohon Yew
Britain

Terowong Pohon Yew

Pada abad pertengahan, kawasan Aberglasney House merupakan taman yang paling cantik di Wales, Britain. Terowong pohon Yew menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang popular.

Percaya atau tidak, sembilan tahun diperlukan untuk mengembalikan gerbang pohon yang telah dipangkas.

Terowong pohon Yew ini dikatakan telah ditanam oleh keluarga Dyer dari Aberglasney pada abad ke-18.

Terowong Jalan Jacarandas
Afrika Selatan

Terowong Jalan Jacarandas

Lebih dari 10 juta pohon menjadikan Afrika Selatan sebagai sebuah kota dalam hutan yang sangat besar. Malah, Johannesburg merupakan hutan terbesar ciptaan manusia.

Sekurang-kurangnya, 49 jenis spesies Jacaranda dan pohon tropika telah dibawa masuk ke Afrika Selatan lebih dari 100 tahun lalu. Oktober adalah waktu di mana bunga daripada ribuan pohon Jacaranda berkembang.

Ketika itu, suasana didalam bandar akan berubah menjadi warna ungu-biru yang sangat cantik!

Terowong Pohon Gingko
Jepun

Terowong Pohon Gingko

Gingko Biloba adalah pohon yang sangat dihormati di dalam budaya masyarakat Jepun. Enam pohon Gingko telah berjaya diselamatkan dalam serangan bom Hiroshima dan terus bertahan hingga saat ini.

Kerana itulah juga, masyarakat Jepun menganggap Gingko sebagai pohon pembawa harapan.

Sekitar 65,000 pohon Gingko dibiarkan tumbuh dengan cantik di pelbagai taman di Jepun. Terowong-terowong ini terletak di kawasan taman luar Meiji Shrine, Tokyo.

Terowong Cinta
Ukraine

Terowong Cinta

Terletak di Ukraine, terowong cinta ini sebenarnya adalah bekas rel kereta api sepanjang dua batu yang pernah digunakan sebagai perkhidmatan kereta api swasta di kilang kayu berhampiran Klevan.

Terowong Pohon Musim Gugur
Amerika Syarikat

Terowong Pohon Musim Gugur

Gambar musim luruh yang sangat cantik oleh Kevin McNeal, menunjukkan terowong dari pepohonan yang sangat indah.

Diambil di Smuggler's Notch, daerah ini merupakan sebahagian dari wilayahVermont, Amerika Syarikat.

Dengan warna-warna dedaunan yang sentiasa berubah, musim gugur di sini boleh dinikmati dalam keadaan yang tenang dan damai.

Terowong Pohon Bambu
Jepun

Terowong Pohon Bambu

Hutan bambu Sagano terletak di daerah Arashiyama dan merupakan lokasi bersejarah nasional. Terdampar sepanjang 500 meter, menjadikan pohon-pohon bambu ini sebagai salah satu hutan yang paling indah di Jepun.

Terowong Pohon Rosewood
Brazil

Terowong Pohon Rosewood

Ratusan pohon Tipuana (Rosewood) menjadi tumbuhan yang begitu berharga sejak 2006, semasa di bawah pimpinan Joseph Fogaca. Jalan hijau yang terletak di sepanjang Rua Goncalo de Carvalho ini telah dijadikan sebagai sejarah warisan negara, budaya dan ekologi.

Malah, pohon-pohon sepanjang tiga blok bandar ini mampu mengurangkan suhu panas bandar sehinggakan warga kota boleh mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin sehingga 30 peratus. Hebat kan?

Terowong The Dark Hedges
Ireland Utara

Terowong The Dark Hedges

Terletak di daerah Antrim, ini adalah pepohonan yang dikatakan telah wujud sejak 300 tahun lalu. Menurut laporan berita tempatan, James Stuart menanam sekitar 150 pohon pada abad ke-18 untuk menyambut tetamu ketika mengunjungi rumahnya, Gracehill House.

Masyarakat disitu juga percaya bahawa salah seorang pembantu rumah telah meninggal secara misteri beberapa ratus tahun lalu menyebabkan kawasan ini berhantu.

Terowong Pohon Cherry Blossom
Jerman

Terowong Pohon Cherry Blossom

Setiap kali musim bunga, sebatang jalan di Jerman yang dikenali dengan nama daerah Boon akan berubah menjadi terowong yang sangat cantik dan dihiasi oleh bunga-bunga dari pohon Cherry Blossom yang berkembang mekar dengan indah.

Namun, sayangnya, warna pink ini hanya mampu bertahan selama 7-10 hari bergantung kepada cuaca. Sangat cantik kan?

BACA INI JUGA: Top 10 Jambatan Paling Tinggi Di Dunia

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Assalammualaikum... sentiasa panas,

    menarik2 gambar terowong nie kan... pehhh..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, memang tersangat menarik. Alangkah baiknya kalau di Malaysia pun ada terowong macam ni..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon