Saturday, November 09, 2013

Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?


Kajian perubatan menunjukkan otak genius dapat dibina dengan pengayaan minda, asuhan dan nutrisi yang sesuai ketika tahun-tahun awal.

Genius

Tempoh masa paling penting dalam perkembangan minda seorang kanak-kanak ialah 1,365 hari pertama dalam hidup mereka. Lapan puluh peratus struktur dan pembentukan otak berlaku dalam tempoh itu.

Ramai yang mentakrifkan genius sebagai kanak-kanak yang cemerlang dalam semua mata pelajaran, namun itu tidak semestinya benar.

Kajian saintifik menunjukkan para genius mempunyai empat ciri dan kemahiran yang membezakan mereka daripada orang lain.

Kemahiran itu dapat dikembangkan dengan lebih cepat dengan mengamalkan aktiviti sesuai yang dapat merangsang otak sebelah kanan.

Ciri-ciri genius

Ciri pertama adalah ketajaman visual. Seorang genius dapat melihat dengan jelas dan mempunyai persepsi kedalaman dan koordinasi mata dan tangan. Satu cara untuk membina kemahiran ini adalah dengan permainan skrin sentuh untuk menguji kemahiran pengenalan visual.

Seorang genius juga mudah mempelajari bahasa baru. Ini termasuk memahami perkataan, penguasaan kosa kata yang luas dan kebolehan melahirkan pendapat dengan mudah.

Satu daripada cara untuk menguji kosa kata dan ejaan adalah dengan bermain silang kata. Selain itu, latihan menyebut perkataan dan menulis perkataan "hello" dalam bahasa berlainan juga berkesan.

Seorang genius juga menunjukkan perkembangan intelektual tinggi dan kebolehan menyelesaikan masalah dengan baik, selain berfikiran analitis dan mempunyai kefahaman logikal. Permainan menyelesaikan masalah dan aktiviti skrin sentuh dapat membantu otak dengan latihan intelektual.

Empat genius

P.Ramlee Genius

Empat contoh genius yang merupakan perintis perubahan dan kemajuan dalam bidang masing-masing ialah Ludwig van Beethoven, Sir Isaac Newton, Albert Einstein dan Tan Sri P. Ramlee.

Beethoven adalah antara komposer paling terkenal dan berpengaruh di dunia. Beliau terus menggubah lagu, memimpin orkestra dan bermain alat muzik walaupun setelah menjadi pekak. Pengunjung ekspo juga berpeluang mendengar beberapa gubahan lagunya yang popular.

Isaac Newton pula merumuskan undang-undang graviti setelah melihat sebiji epal gugur dari pokok, dan teorinya dalam bidang fizik dan matematik masih digunapakai dunia sains berabad setelah pemergiannya.

Sementara Albert Einstein pula adalah simbol genius dan saintis paling terkenal pada abad ke-20. Beliau membuat banyak penemuan saintifik termasuk Teori Relativiti.

Lagenda tempatan, Tan Sri P. Ramlee juga seorang genius. Kebolehannya memainkan enam watak serentak iaitu sebagai pelakon, pengarah filem, penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit tidak dapat ditandingi walaupun berpuluh-tahun selepas kematiannya.

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQ

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon