Saturday, November 09, 2013

San Alfonso del Mar, Kolam Renang Terbesar Di Dunia


San Alfonso del Mar adalah sebuah resort yang terletak di pantai tengah Chile, menjadi perhatian kerana mempunyai kolam renang seluas 1,013m (3,324 kaki) persegi.

San Alfonso del Mar

Kolam renang ini seluas 19 ekar dengan 250 juta liter air dan memegang Guinness world record sebagai kolam renang terbesar di dunia.

Kolam renang di resort ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Chile Crystal Lagoons, yang menggunakan air yang dipam dari Lautan Pasifik, yang kemudiannya ditapis dan dirawat untuk bekalan kolam.

San Alfonso del Mar

Selain dari saiz yang besar, lagun ini mempunyai satu lagi ciri yang menakjubkan, perairannya mempunyai ketelusan dan warna biru laut tropika yang asli.

San Alfonso del Mar

Kolam ini telah dibuat sebaik mungkin, terima kasih kepada teknologi canggih yang dibangunkan oleh syarikat Crystal Lagoons, yang mampu mengumpul air laut dan memastikan ia dalam keadaan sempurna.

San Alfonso del Mar

Semasa musim panas, lagun ini mampu mengekalkan suhu menyenangkan, 26ÂșC, sembilan darjah lebih panas berbanding suhu laut berdekatan.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon