Monday, November 11, 2013

Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur


Mengaku sajalah bahawa kadang-kadang sebelum masuk tidur, terbit satu perasaan di mana anda mahu makan sesuatu yang lazat dan menikmatinya di depan TV.

Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur

Namun begitu, kebanyakan makanan tersebut tidak sesuai untuk di makan pada waktu tengah malam dan akan meyebabkan berat badan anda naik. Sangat tidak meyeronokkan, bukan?

Jangan risau kerana kami telah senaraikan beberapa makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengaal berat badan seperti berikut:

Ceri. Antara makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengurangkan berat badan adalah ceri. Ia adalah salah satu daripada makanan semulajadi yang mengandungi melatonin yang mana membantu mengawal 'masa badan'. Ceri, buah yang manis dan segar, dan jika anda mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki keadaan anda.

Susu. Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, satu fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi 'tryptophan', sejenis asid amino yang merupakan pelopor serotonin.

Beras 'Jasmine'. Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Nah, inilah jawapannya; beras 'jasmine'. Badan anda akan mencernanya perlahan-lahan, dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah .

Bijirin. Bijirin adalah satu makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan anda. Anda boleh mencuba bijirin yang berasaskan gandum, quinoa atau barli, dan campurkan mereka dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.

Pisang. Pisang juga bagus untuk dimakan sebelum tidur. Ini kerana pisang mengandungi magnesium dan potassium yang akan membantu merehatkan otot. Tambahan lagi, potassium. Kita perlu kalium untuk kesihatan kardiovaskular dan fungsi kognitif.

BACA INI JUGA: 8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

Sumber: Yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon